Wednesday, October 31, 2012

PerCaYa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah bagi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini, 
Walaupun dalam kesibukan untuk menghadapi peperiksaan esok dan akan datang.
Dek rindu pada blog, saya gagah juga post entri. Hehe.
(bia la xdek orang bace pon :P haha)

Buat adik2 kumpulan akak kat Syurga Hati hari tu,
kak Ku minta maaf sangat2 sebab xsempat nak menjawab soalan tu semua. 
Tapi, InsyaAllah ! kalau akak ada jawapan berdasarkan sumber yang sahih, akak akan post kat cni. Cewah! So, dun wori okay ! :)


~ Bersama adik2 Form2 : Online dengan Allah ~


~ Bersama adik2 Form4 S M K P S Jerantut ~


 *   *   *   *   *

PERCAYA

Definisi : 

Percaya menurut Kamus Dewan, ialah mengakui akan benarnya sesuatu, atau yakin atau berasa pasti akan kebaikan orang dan sesuatu perkara. Percaya boleh merujuk kepada perasaan aman dan tenteram terhadap sesseorang atau sesuatu keadaan, juga boleh merujuk kepada penilaian akal dan penerimaan terhadap sesuatu isu, hujah, mahupun gagasan yang dibentuk. Dalam konteks perubahan, percaya merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan masa depan. ( From Mr. Goooogle :p )


Contoh :

Saya bagi contoh :

Percaya seorang hamba kepada al-Khaliq (Pencipta) :

Apabila ditimpa kesulitan atau kesempitan hidup, dia percaya bahawa ini adalah sebahagian daripada ujian yang mempunyai hikmah tersembunyi. Sebagai hamba, kita kena yakin bahawa segala sesuatu yang terjadi tidak ada sia-sia. pasti & pasti ada hikmahnya di sisi Allah Taala. Hamba itu juga percaya bahawa itu adalah qada' dan qadar yang perlu diterima dalam menjalani kehidupan di dunia. Percaya kepada Allah adalah asas kepada rukun iman dan islam. Jika tiada percaya, maka tiadalah iman dan islam itu. kan? 

Percaya seorang ayah kepada anak : 

Apabila dihantar ke sesebuah sekolah/institusi pendidikan, dia yakin bahawa anaknya itu tidak akan melakukan perkara yang tidak elok mahupun perkara mungkar. Si ayah yakin institusi itulah yang akan membentuk peribadi si anak. 

Percaya seorang ibu kepada anak :

Apabila diminta untuk membeli barangan di kedai, si ibu yakin bahawa anaknya akan membeli barangan yang diperlukan dengan cermat dan betul. Begitu juga tika anaknya meminta doa untuk menghadapi peperiksaan daripada ibunya, si ibu yakin, anaknya itu dapat menghadapi ujian dengan lancar biiznillah. 

Percaya seorang kakak/abang kepada adik :

Apabila Si kakak/abang yakin apabila adiknya dimasukkan ke asrama, si adik dapat mengurus diri dengan baik. 

Percaya seorang pasangan :

Apabila pasangan itu saling mempercayai dan tidak akan timbul istilah cemburu buta kerana masing-masing saling mengenali antara satu sama lain. Masing-masing berusaha menjaga hubungan sehabis baik kerana Allah. 

Percaya seseorang kepada sahabat :

Apabila dia tidak mengkhianati persahabatan yang dibina. Dia mengamalkan konsep 'Once a friend, always be a friend' because ' No man can survive alone'. Misalnya, menjaga hak-hak seorang sahabat, berusaha memenuhi hajatnya dan menyelesaikan kesulitan sahabatnya. seorang sahabat akan 'menjaga' sahabatnya itu dengan tidak mengambil kesempatan atau sekadar berkawan atas sebab2 tertentu. Nauzubillah. Moga Allah pelihara hubungan ukhwah yang suci ini. 


Rumusan : 

Tidak dapat tidak, percaya merupakan satu asas penerimaan dalam sesuatu perkara. Jika seorang sahabat tidak percaya kepada sahabatnya yang lain, mana mungkin dia menceritakan rahsia atau masalah peribadinya itu kepada sahabat tersebut. Jika seorang hamba tidak yakin akan adanya hari akhirat kelak, maka di mana akan dia berada setelah dia dibangkitkan semula. Percaya Oh Percaya. Percayalah...Hehehe :D

Cukuplah untuk kali ni.
Sedakar perkongsian dari hamba yang serba kekurangan ini. 
sebarang penambahbaikan dan teguran amatlah saya alu-alukan.

Akhir kata... 


 ~ Salam AIDILADHA dari saya sekeluarga buat semua ~


Sekian, Wassalam. 

P/s : Mohon doa agar kita sama2 dipermudahkan urusan baik di dunia mahupun di akhirat sana.
Amin InsyaAllah ! ^-^y.

Monday, July 2, 2012

Dal Nun Dal Mim.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, tiada sanjungan dan pujian berhak diucapkan selain kepada Allah, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam bagi Rasulullah S.A.W beserta keluarganya yang mulia, sahabatnya yang setia dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.

Udah bersawang upenye blog ni..dah lama xupdate..He He..
bukan bermaksud nak menyepi.
tapi duk cari mood dan topic nak tulis..ngeh3 :D
pekabo sahabat blogger ?
harap dikurnia afiat untuk terus merasai nikmat Allah ..
InsyaAllah.

Alhamdulillah..!
baru sahaja usai mendengar satu isu yang dikupas oleh :
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (motivator femes)
Bertajuk : bagaimana menangani perasaan dendam.
(so, entri kali ni mungkin labelnya motivasi santai kut! ^_^y hehe)


Definisi dendam :

- Berpunca daripada marah, sakit hati yang lama lebih daripada 4 minit sampai terbawa2 kepada 1 hari, 2 minggu, 2 bulan malah sampai 2 tahun. isk3..minta dijauhkan dendam2 nihh..


Punca dendam : 

1. luka hati yang parah
2. cemburu yang keterlaluan
3. dipermalukan dan dianiaya @ dianaktirikan
4. tidak redha
5. kerana hati enggan memafkan..Nauzubillah..! 

Impak dendam :

1. hati jadi sakit
2. minda jadi negatif
3. badan mudah sakit
4. hubungan tergugat
5. ketandusan hidayah


Ayat motivasi from Dr. (cukup terkesan..T-T) : 

"Orang yang berdendam akan dapat hati sakit, idup xselesa, makan xselesa, badan xsihat..mudah sakit..muka pon hodoh ..cepat tua..hidup xseimbang..hubungan tergugat.. prestasi tempat kerja juga tergugat..hubungan dalam keluarga pon xhebat!".

"Manusia merancang, Tuhan merancang, perancangan Allah akhirnya berlaku kerana perancangan Allah yang TERBAIK..Hak Allah adalah tentukan hasil. Hak manusia adalah betulkan niat, betulkan doa dan betulkan tawakkal.. so..don't Give UP!". 

"Sebenarnya, kalau kita xdiuji dengan orang sakitkan hati kita, macam mana kita nak tahu, kita ni sabar atau tidak. Rupanya, bila orang sakitkan hati kita, Allah nak uji  kesabaran kita. Ada orang kadang2 layak disakitkan hatinya.. sesungguhnya, you get what tou deserve, you deserve what you get. buat baik dapatlah baik..".

--> dendam adalah salah satu sifat mazmumah <--


The Solve of dendam  :

1. check balik perbuatan kita..coz mungkin ada tindakan kita (tanpa sedar) yang menyebabkan orang sakit hati..kan?

2. Heart- to- heart talk wif orang tu..InsyAllah..sama2 fhm then sama2 memaafkan :)

3. Redho dan Carilah hikmah "emas" kejadian yang nampak macam buruk, mesti ada kebaikan yang tersembunyi. 

4. Berkawan dengan orang yang berfikiran +ve! Anda akan positif!! 

5. Syukuri apa yang  ada..

6. Bermaafan sebelum tidurrrr..:) "dengan bersalam-salaman..dendam akan terhakis!"-->Dr. 

7. Berhati-hati jaga hati kawan.. ' terlajak perahu..blh diundur lagi..terlajak kata padahnya buruk..'


Doa untuk hapuskan dendam ;

1. Mulakan lah doa dengan Surah Al- Fatihah 
2. Baca Ayat Kursi banyak2 untuk hapuskan setan2 dalam diri kita
3. Surah Al-Hasyr ayat 21-24 untuk memecahkan kekerasan hati dan dendam..
4. Baca Surah Taha ayat 1-5 untuk melembutkan hati .. 
InsyaAllah... doa dengan penuh tawajjuh..Moga2 kita dipelihara-Nya :)



"Sungguh, dendam memakan hati kita...yuk! sama2 berdoa agar tiada dal.nun.dal.mim antara kita..!"
Amin2 Ya Rabb!




P/S :

Benarlah kalam Al-Quran : 
setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..
Sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat nenek saya 
(Romlah Bt Mohamad) yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah jumaat lalu.. Moga Rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.. Amin.. 



Saturday, May 19, 2012

Mahabbah Li Rasulillah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T,
selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


Alhamdulillah.
usai sudah menjawab 2 paper imtihan semester. masih berbaki 3 paper lagi.
moga Allah permudahkan!InsyaAllah. 
-->> buat sahabat2 ku..
rajin2 buka buku ya (jgn rajin buka muka buku..) hehe :p

 ~ berusaha pasti akan berjaya! ~ 
kOnGsi 


baru2 ini, ada tayangan mengenai besarnya cinta Rasulullah pada umat.
saya tersentuh bila tgk tayangan itu,
serta merta memberi tazirah pada diri sendiri,
apakah benar saya dan anda semua sudah betul2 cinta pada RAsulullah,
dan amalkan sunnah Baginda.
Allah..
jangan kata sunnah, selawat ke atas Nabi pon tah brapa byk lah sangat kita dapat buat.
kan?
Astagfirullah..


So,
kesan daripada tayangan tu, saya wujudkan entri ni..
bertujuan untuk kongsi pada semua, 
betapa ruginya kita jika tidak dapat merasai kemanisan iman.


LiRik NasYiD


NAsyid ni sebenarnya mengajak kita hitung dan islahkan diri.
juga mengetengahkan pengorbanan Nabi kita dalam menyampaikan risalah agama.
wa ghairu zalik, nasyid ni di munsyidkan oleh Nazrey Johani (x-kumpulan RAihan)


Sungguh! nasyid ni dapat menyentuh qalbu~~
xpercaya ?
ce dengar dan hayati.


WaHai KeKasiH by Nazrey Johani :-
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggikan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu menawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kitakan bersua

kami merinduimu Ya Habibullah....


p/s : 
Moga2 Rasulullah kenal kita di akhirat kelak sebagai umatnya.
InsyaAllah. Selamat mengamalkan sunnah. biarpun sedikit, asalkan sentiasa istiqamah ^-~'

Sunday, May 6, 2012

' GeNta RaSa '

*sekadar meluahkan 'rasa' *
hehe :P 



kita tidak akan dapat menjangka..

saat kita menempuhi onak duri
derita kadang kala mencuit hati
hati remuk menangis tak henti
kesedihan terus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi..

kita menangis..
terus menangis..
kita terharu..
bercelaru...

Duhai hamba ilahi..

begitulah kehidupan di dunia
kerna hidup ini hanya ilusi semata..
Apa yang kita harapkan belum tentu kita dapat laksanakan..
boleh jadi kejayaan..boleh jadi juga kegagalan..

Apa yang Allah aturkan buat kita..
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
tersangat tidak suka..
pabila aturanNya bukan pilihan kita..

Apa pun situasi yang mengundang jiwa..
Percayalah !
kerna Allah itu tuhan kita..

Tuhan yang Maha luas kasih sayang-NYa..
DIA tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana...
tertawa di sana..
berbahagia di sana..
InsyaAllah di syurga sana..

Duhai yang bergelar hamba..


usah bersedih.. 
kerana
kesedihan demi kesedihan..
menjadikan air yang manis terasa sangat pahit..
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar kembali layu..

air mata mengalir hangat di pipi lantaran 
terasa diri begitu kerdil disisi MAha Esa..
hanya kerana mahu menjaga hati manusia..
kita lupa menjaga Allah yang selalu bersama kita..
begitu berdosanya kita pada Dia yang Maha Pencipta..


Duhai hamba..

islahkan dirimu.. 
dan teguhkan pendirianmu...
sepanjang hidup dan usiamu 
jangan mudah berputus asa..
dan air mata yang kau titiskan ..
simpanlah ia...
jadikan tauladan untuk terus melangkah kehadapan.

benar..
segalanya tidak mungkin diundur kembali..
tapi segalanya boleh diusahakan lagi..
terus berjuang dan melangkah dengan pasti!


be positive!
" you don't know everything but Allah knows everything"
Don't Be sad..
Allah always be with u..:)



"-_-  mencari kekuatan yang sirna -_-"


p/s : Moga ada pengakhiran yang terbaik buat kita.InsyaAllah!
salam tahajjud cinta untuk-NYa :)


Friday, May 4, 2012

Akhlak Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam ku ucap buat Rasul junjungan, para sahabat dan keluarga baginda.

Alhamdulillah.
hari ni saya nk buat satu perkongsian tentang akhlak Nabi Muhammad SAW.
(ni hasil saya dapat daripada usrah tadi..^_~, )
mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ni, dapat dijadikan saham saya di akhirat kelak.
InsyaAllah.


1. Memuliakan orang bukan ISlam.

Tersebut satu kisah, seorang wanita yahudi menghulurkan sebiji buah limau kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi menerima limau tersebut dengan berlapang dada. menerima dengan penuh kesyukuran. baginda kemudian memakan limau tersebut satu persatu sambil tersenyum-senyum. para sahabat berasa hairan. 
kebiasaannya Nabi SAW akan berkongsi makanan dengan mereka, tetapi tidak untuk kali ini. 

sahabat kemudian bertanya kepada nabi dan baginda menjawab : "limau itu terlalu masam. aku tidak menghulurkan limau tersebut kepada kamu semua kerana ditakuti kamu akan mengejek serta menghina wanita tersebut. aku tahu wanita tersebut mahu mengenakan aku, tetapi kerana ingin menghormati pemberiannya, aku makan limau tersebut tanpa menghulurkannya kepada kamu".

Pengajaran :- Sifat SaBar Rasulullah membuka ruang dan peluang kepada sifat2 yang lain :)
 

2. Tidak melaungkan suara dengan kuat 

Rasulullah bercakap dengan sahabat dengan suara yang lembut dan tidak meninggi-ninggikan suara. Disebabkan itu, Rasulullah menegah para peniaga untuk melaung-laungkan barang dagangan dengan suara yang kuat. Cth : "beli! beli! ni barang baik!! mari2! "  Dikuatiri, perkataan itu akan menjadi ucapan kita di akhir kalam nanti. nauzubillah!

Pengajaran :- Berpada-pada dalam berkata-kata. Boleh jadi perkataan itu menyebabkan kemurkaan Allah. Nauzubillah!


3. Menghargai orang lain

Ada seorang hamba bernama si fulan sangat rajin membersihkan masjid, dan sangat sayang kepada Nabi. sehinggalah pada suatu hari, si fulan tersebut tidak lagi membersihkan masjid. Nabi bertanyakan di mana orang yang selalu membersihkan masjid ini? lalu ada dalam kalangan sahabat mengatakan bahawa si fulan tersebut telah meninggal dunia. Kerana menghargai keprihatinan si fulan terhadap nabi, maka baginda segera solat jenazah ghaib kepada fulan tersebut.

Pengajaran :- Menghargai orang lain tidak semestinya memberikan 'hadiah' atau barang maujud. boleh jadi 'hadiah' yang kita tidak nampak spt doa, solat dsbnya lebih bermakna di sisi Allah :)


Jika kita lihat sebenarnya banyak lagi akhlak Rasulullah yang kita boleh contohi. kan~~
Dan sesungguhnya semua akhlak Rasulullah kan mulia2. 
" Innama bu'isstu limakarimal akhlak"

jum2 ! contohilah akhlak baginda. kita tidak akan rugi.
percayalah! hehe:)

Wallahua'lam ^-~


Alhamdulillah. 
Usai sudah perkongsian saya kali ini.
sebarang penambahan dan perkongsian ilmu amat saya alu-alukan.
dan sebarang teguran juga membuka minda saya untuk lebih peka pada masa akan datang.




^-^ Belajar dan terus belajar mengenal Allah dan RasulNya^-^
 

Tuesday, May 1, 2012

pesta ilmiah 2 0 1 2


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt semua..
selawat dan salam ku ucap buat Nabi junjungan, keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah!
Allah beri keizinan buat saya dan RuMaH TuA untuk ke pesta buku 2012 kali ni ^-^y~~
(walaupun terpaksa meredah kabus pagi dan kelebatan hujan di petang hari..hehe)

Perjalanan kami bermula seawal subuh..
dan sampai dalam area pukul 9.30 pagi.
ehem! maklumlah perasaan ingin ke pesta buku membuak-buak walaupun bersih 3.0 still diadakan lagi..
(tapi kami dimaklumkan keadaan di PwTc alhamdulillah lancar ye~~)
Allah permudahkan jalan kita kan iqa~~
sampaikan kat LRT pon orang duk bratur panjang beli 'token', 
kita duk tengah kira duit syiling sebab mesin tu je yang blh trima wang syiling..haha
mesin2 yang ramai org tunggu semua guna wang kertas n syiling..
disebabkan nk kejar masa tu, so kena lah jugak cari duit syiling..haha
* jenuh jugak nak mengorek duit syiling tu..heheh:P


surur wa farh (seronok dan gumbira)!

sebab secara live saya dapat jumpa dgn Ust.AzHaR IdrUs! hee..
Allah~~sungguh tenang rasa jiwa tgk orang2 yang Allah pelihara utk menegakkan agama~_~.

 ~ UAI ~


best!

saya dapat beli macam2 buku ilmiah..
(walaupun bajet duit sedikit lari yep..)
cth kitab : fatwa iman dan adab, fadhilat amal, novel, ana muslimah dsbnya.
dan saya harap saya boleh menghabiskan buku2 tersebut..InsyaAllah..
alang2 membeli, biar habis membaca..ewah^-~
sayang lah buku2 tu kalau xbace kan..

saya juga terrr jumpa kawan2 saya (ummu dan zati)  :p amboih....bukan main lagi seronaknye..
siap amik autograf penulis dan bergambar lagi..
macam2 gelagat la kawan2..(mungkin sbb 1st time pegi??
hee gurau2..)
tapi pe2 pon, korang mesti puas hati sbb dapat perabih vocer buku kat sana..
kan~~~
saya juga jumpa teman lama saya..(kat ta'yah dulu) Nadia Ulfa namanya..
tapi kejap jela nyembangnye...tgh sesak kan~~huhu



~bermulalah satu pengembaraan ilmu..hueh3~


cinta high class? 
- pinjam tajuk muka depan novel Fatimah Syarha...hehe

petang tadi saya dengar muzakarah dari kak atin..
sungguh tersentuh.
bercakap dan menyebarkan kebesaran Allah..
Allahu Akbar! 
ni antara tazkirah yang saya ingat :
" kadang2 kita xsedar  kita bertuhankan duit apabila kita cakap : kalau xdak duit, aku xblh makan..
walhal..duit dan rezki itu datang dari Allah. semua baik dan buruk itu datangnya daripada Allah jua..".

*segala perkara yang kita lakukan hendaklah kerana Allah SWT, 
itu barulah dinamakan k.e.i.k.h.l.a.s.a.n :)

ya!saya nak cinta high class dgn Allah!
jom kita sama2 suburkan rasa cinta pada DIA,
Al-Khaliq kau dan akuuu..:)



~~ senyuuumm...xperlu kata apa2 :-) ~~



bahagia.

bahagia rasa dapat pergi bookfair kali ni..
meskipun berpusu-pusu orang pegi n balik, Alhamdulillah~~
segala perjalanan lancar^-~ seperti yang dirancang..
kepada kawan2 yang xgi lagik bookair, jom2 pi..(sempat lagi nih..)
xrugi punye lah!!


.seKiaN.



p/s : buatmu iqa~~ saya suka pergi bookfair dgn awak sebab awak tlg "jage" saya..kih3..:P
tahun depan blh g lagik..amik signnnn ..huhu:D
InsyaAllah..mudah2 panjang umur dan luas rezki :)




Wednesday, April 4, 2012

belajar "kecek"

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T

syukur Alhamdulillah, kerana hari ini kito masih diberi anugeroh mato untuk melihat perkara elok2.
telingo untuk dongar perkaro yang molek2.
dan anggota bade untuk beramal dengan perkaro yang baik2 blako.
hampir sebule tak hupdate blog ni coz sibuk dengan hal2 ipg.
(ewaahh..bz bangaaa*ehh..yeke....haha :P)

---------------------------------------------------

hari tu,
ambo wat PBS kali ke 3 bersama ummu aiman di SkSwB..
skswB = Sek.Keb.Seri Wakaf Bharu, Qlate..
dan hampir sepuluh hari ambo bermale di rumah ummu..!
alhamdulillah..seronok berado di sano, 
apatah lagi abah +  mak ambo turut dapat berkenale dongan famili ummu..:)
hehe..famili ummu peramoh blako~~
xkering gusi ambo duduk bersamo demoo..
ewahh..mkn pon konyang..nyum3..
apa yang ambo xleh lupo bilo make budu+pauh (pelam)..
adududu...cedapnyer..^_^y.
(tapi ambo mkn cikit je..sbb maluuu..:P hehe)
sapa jugok kat umah ummu walaupon dah lewat male kan..
maklum le..btolak pas maye jumaat..heheh:)
parent lak duk loghat nak bertolak balik ke umoh  pulok esok hari..huhu..

so, 
kali ni...
ambo xsey la citer sal Pbs sangat..sbb nk oyak la cito ambo wat gapo di klate darul naim nih..


spanjg brado kat klate, ambo dapat gi jale2 kat :


bukit bungo
tanah merah (umah kawan abah)
pasarayo salamku (dekat ngn umah ummu..hee)
pantai iramo, Bachok.
balai polis dekat ngan umah ida (xsempat nk singgoh..heee)
gi umoh mak sedara, sepupu sepapat ummu
lawat2 baby baru lahir
tido kat umah 'mek' ummu..
make gulai,
make2 steamboat
gi pasar siti khadijah,
make etok!! (ni xleh lupo nih..haha..)

dan mace2 lagi la....

walaupon xberkesempatan nak singgah kB mall ke..tesco ke..PCB ke..
tapi around Kota Bharu pun dah cukup syok dah..huuu
apepon ambo puas dapat jadi separoh daripada warga kelatee...hehe~
dapat jale2 ngan famili ummu pon dah kiro beruntung laa..
ambo anggap mace fmli ambo sndirik doh..
tapi ambo xbese panggil ibu kepada ummu itu "mok"...
hehe..maaf mok.......
bilo duk ngan 'mek' ummu pulok, xkering gusi ambo duk gelak ke dio..
ambo gelak..mek pon gelak...aduilaa..
tapi mek ummu kuat ngaji..kaguuummm ambo ngan dio!
sbb buleh hapai lagi surah2 pilihan walaupon umor dah meningkat..:)


sebenarnyo, 
banyak lagi kenange ngan fmli ummu daripada bersungguh wat PBs nih..huuu~~
walaupon mulo2 agak susoh nk pahe loghat kelate ni...
tapi aloh biso tegal biaso..
kiro ambo hebat la jugok sbb bleh pahe bilo kecek ngn demo2 warga Pak cik Seman..ewah^^,
banyok lagi nak cito ni..tapi..simpan2 dulu..
nak wat draft byk2..t xpyh sesusah nk update..haha:D




ok. 
InsyaAllah, kalau ada sumur dilade
buleh la kito menumpe mandi..
kalo ado umor yang panje..
buleh ambo g umoh ummu lagi..ewah^^,
buleh kan ummu kan~~


hee.
timo kasih banyok buat ummu sekeluargo ~_~"


----------------------------------------------------------

p/s :
entri ni bukanlah nk mengejek cakap kelantan..
niat saya nk berlatih cakap je..
bukan ke praktis make perfect..hehe..
warga kelantan..jangan marah derrr ^__^,y peace~~





~sekian..wassalam~


Saturday, March 3, 2012

hari tua ?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, 
berkesempatan utk update sesuatu hari ni~~hehe
mood hari ni *santai*
membuang segala stress assignment yang bertimbun..^^,



okay.
Nak tanye lah, bila tiba hari lahir, kamu semua buat ap ye?

tunggu birthday prank ?
call mak ayah ?
berdiam diri ?
tersengih sowang2 ?
msj knkwn suh wish burfday ?
blanje kenkwn mkn ?
merayap2 kat bilik orang ?
mkn2 kek ?
sambut birthday dgn family ?
mintak adiah ?
ke tido memanjang ?
ekekeke..


walau dalam situasi apa pon anda berada ketika sambut hari lahir, 
tetapi..
 
INGATLAH....ingatlah....dan ingatlah!
JANGAN LUPA  : 

 berSYUKUR pada Allah yang Esa 
atas anugerah umur yang panjang sehingga kini.

ber TERIMA KASIH kepada mak kita 
yang melahirkan kita ke dunia.

 kata SYUKRAN kepada abah kita 
yang banyak berkorban untuk kita.

 ucap THANK YOU kepada kawan2 
yang ingat pada tarikh lahir kita. 
 
 solat sunah HAJAT, 
mohon agar di luaskan rezeki dunia akhirat.

 BERDOA agar dipermudahkan segala urusan 
dan diberi kekuatan utk tempuh cabaran.

 menanam AZAM untuk perbaiki diri.

 ISTIGHFAR atas kekhilafan diri 
sepanjang kita hidup di dunia ini.

 BERKONGSI bersama teman2 rapat 
apa yang kita rasa ketika ini.



owh! sungguh terharu bila ada orang yang mengingati tarikh lahir kita..
membuatkan kita rasa dihargai..cewah^_^y
bagaimana pula dengan sambutan hari lahir anda ?
apa salahnya berkongsi di sini..hee :)


Dan dikesempatan ini juga, saya kirimkan ucapan :

TERIMA KASIH. SYUKRAN. ARIGATO. TOCEI. THANK YOU!
kepada mereka2 yang yang mengucapkan mesej2, kata2 burfday kepada saya.

MaK+aBaH+aDiK-aDikKu saYang..hehe

sahabat2 seperjuangan : 
iqa-ummu-ila my rumate-ain-raihan-Tiqah-im tokey-
yana-Dhiya'-k.teha-syaheeda-onje-
dan sahabat2 yang lain...^^, 

*sape2 yang saya tak tulis lagi name tu..
sila sila lah wish utk saya ye..haha :P (gurau2 je...)*

 
ya Allah, 
semoga dengan pertambahan usiaku 
seiring dengan pertambahan amalanku
seiring dengan prestasi dan kualiti ibadahku
dan semoga ada k.e.b.e.k.a.t.a.n dalam setiap perbuatanku..
amin3 ya RAbb :) 


--> tengok..bankIslam pon wish burfday..sungguh t'haru! <--

ringkas dan simple jer kali ni.hee
sekian.

Friday, February 10, 2012

LuaH atau SiMpaN?

Bismillahirrahmanirrahim.
sudah lama tidak menitiskan tinta di sini..^^,
saya bawa 1 dialog yang patut rasanya saya berkongsi pendapat anda semua.

ia adalah mengenai perasaan.
suatu hari, saya didatangi seorang kawan. ya. dia tidaklah sebaya, tapi saya anggap dia sebagai kawan yang baru saya kenal.

Soalannya begini :

"Akak, saya ni bukanlah jenis yang suka cerita mslh pada orang. tapi sy nak mintak pndgn akak la...nak di simpan, takot meletop pada org lain pulak..em, cmni kak, sy ade terasa dgn sorang kwn ni..camne ye nk baiki hubungan baik dgn dia smla. sy rase dah xleh nk ngam da ng dia..sy tak tahu camne blh jadi camni..xtahu nak pujuk hati terima dia cam dulu2."

Lalu saya menjawab :
"Terimalah dia seadanya. mungkin dia nk adakan satu perubahan dlm psahabatan. bkn senang nak lupakan perkara yang dia sakiti kamu. tapi memberi kemaafan itu kan lebih baik..Nabi pon memaafkan umatnya..inikan kita manusia biase.."(cewah~~baik gler ayat :P hehe..) 

Dia membalas : 
"Tapi saya perlukan masa kak..xkan semudah tu kita nk maafkan dia g2 jer.. kalau masa senang dia xkongsi pon dgn saya, tapi kalau susah..bukan main mintak tlg saya..camne tu kak? "

Saya :
Ambillah berapa banyak masa yang awak perlu, dik. tapi jangan sampai terlalu lama xbtegur sapa. takot hubungan yang keruh bertambah keruih..huhu. adik, mungkin bila dia cerita mslah dia pada awak, dia rasa lega beritahu kesusahan dia walaupon ketika itu awak xdpt mbantu..awak dah menjadi pendengar yang baik..!mgkin ada sesuatu yang dia xboleh nk ceritakan sbb nya, tapi akak yakin, dia suka berkawan dgn awk..percayalah...^__^ menerima dgn penuh rasa redho ya~~


Okey. habis citer si adik.
(harap adik dah berbaik ngan kawannya itu^^,)


Tapi laen pula soalan yang saya dapat baru-baru ini.
Juga berkaitan dengan perasaan. 
Dan saya harap, mereka2 yang membaca post ni, dapat bagi pandangan sal perkara ni :-


Soalannya begini :-

"Akak, kalau kita suka kat someone tu kan, apa patut kita buat? luah atau simpan
Bukankah dalam 1 hadis dari Rasulullah ; " Iza ahabba ahadukum aqohu fillahi falyu'limhu annahu yuhibbuhu". terjemahannya : "apabila salah seorang di antara kalian mencintai saudaranya kerana Allah, hendaklah memberitahukan kepadanya bahawa dia mencintainya kerana Allah."  (diriwayatkan Ahmad oleh Al-Bukhari  dalam al-adab al-mufrad). camne ya kak?

Pastu,  mcm mana pulak kalau seorang lelaki menyatakan 'saya suka pada awak'. boleh ke luah camtu ? xpe ker? 

Then, betul ke kalau kita suka pada seseorang (yang berlainan jantina), kalau kita simpan perasaan suka kita tu pada dia (dan dia tak tahu kita suka kat dia), kita dapat pahala sampailah dia berkahwin..?erm?


---> ishhhh...nk luah ke simpan ek??emmm<---




Aha!jawab jangan xjawab.
luahkan kefaqihan anda dalam perkara ni..heheh ^__^v.
wallahualam. 



p/s :
Mohon jasa baik sahabat2, follower2 saya memberi pandangan sal hal ni..
SyukrAn Kathir!(*^ -^*)  



Friday, January 13, 2012

khususan ila ~~

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah!
sehingga hari ini saya masih lagi merasakan teman dan sahabat2 saya memeluk saya dengan penuh kasih sayang. walaupon ada di antara rakan2 saya sewaktu sekolah menengah dulu dah 'lost contact'. kerana zaman remaja kami ketika di sekolah berakhir slps form5. dan Allah memberi peluang kpd saya untuk menduduki Stam. Namun belum sempat habiskan pljran, tawaran lain pula menjemput.


Sungguh! tidak pernah menyesali perkara yang terjadi kerana 'tawaran' tersebut menambahkan kenalan saya sehingga ke pantai timur..:) di awal permulaan saya jadi guru pelatih, saya rasa terasing di negeri asing..(hehe..ayat ida). asing sbb duduk di kalangan orang yang ada 'geng negeri' mereka tersendiri.. Tapi Allah itu maha Adil. DIA menganugerahkan saya roomate yang begitu memahami dan pandai melukis! Alhamdulillah. roomate saya bahagia dengan saya, walaupon saya orang utara, dan dia orang terengganu.^^, 


Tidak cukup dengan itu, Allah anugerahkan pula sahabat2 yang bersama2 dengan saya dalam satu kelas yang ceria. yang dimonopoli oleh kaum wanita. yang peramah dan tidak lokek ilmu. yang memahami rakan2 tika susah dan gurau senda. yang berkongsi perasaan dan duka. sungguh! saya bersyukur dengan anugerah ini. Dan InsyaAllah! kami akan sama2 menghabiskan program ijazah ini yang tinggal 2 tahun lagi.. !

Baru2 ni, saya dapat panggilan daripada Mesir. subhanaAllah! suara yang saya cukup rindu nak dengar. suara yang lama sangat saya nak sapa. suara yang terlalu lama meninggalkan saya lepas Stam dulu. Saya fikir dia telah melupakan saya. walhal dia juga menunggu saya menyapa dia. dia telefon saya ketika waktu nak azan. Allah..tidak sempat berbual lama...line pula tak brapa nak clear waktu itu. dia cakap akan telefon saya semula. dan saya harap dia akan baca entri saya ni. dalam perbualan saya dan dia, dia mengatakan dia akan menghadapi peperiksaan. sama mcm budak2 universiti.. GooD LuCk ya kawan2 yang duk kat Mesir dan u...!! "faiza azamta fatawakkal ala Allah~~" saya mampu doakan mereka dari jauh. InsyaAllah! mereka semua akan berjaya. sungguh! saya rindu sangat nak jumpa orang Mesir yang call saya tu 'face to face'. dan saya selalu berharap agar saya juga akan menziarahi dia di Mesir satu hari nanti. Amiiinn~~  dia yang saya maksudkan ialah NAZUHA SUHIMI !!  ^^, 

--Mesir Vs Usim--

Benarlah sahabat yang baik membawa ke syurga! kan..
sahabat yang baik itu akan sentiasa mengingatkan kita. 
sahabat yang baik akan selalu menjaga hati kita.
sahabat yang baik akan selalu menjaga hak2 dalam persaudaraannya.
sahabat yang baik akan mendoakan sahabatnya yang lain.
dan sahabat yang baik juga akan sentiasa membantu & bersama kita dalam apa jua keadaan.

Sungguh tidak dinafikan, ujian dalam persahabatan tetap ada. dan saya yakin semua itu ada hikmahnya. tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. saya sendiri pon penah diuji dalam persahabatan, dan Alhamdulillah. selepas kejadian tersebut, hubungan kami tetap erat! dan selalulah kita memberi kemaafan kepada sahabat. kerana apa? sebab... maaf itu kan xdapat dijual beli. kadang2 kita pon ada membuat kesilapan tanpa disedari. maafkanlah, kerana kita tidak akan rugi. dan sentiasalah cuba untuk memujuk hati untuk tidak mengambil dan memakan kata2 sahabat yang kdg2 membuatkan kita sedikit 'terasa' . memang dan memang tanpa sahabat siapalah kita. sedangkan pepatah ingris pon ade kata : "no man can remains alone". kan umat islam itu kan bersaudara (",)y. 

Ingin saya petik kata2 semangat dari sahabat UiA saya (Aina Sofia) : "sahabat itu bukan bebanan, tetapi kurniaan Allah. sahabat tidak pernah menyusah tetapi ia anugerah. bersahabatlah kerana Allah^^, ".

Akhir kata, saya amat2 berharap agar sahabat2 yang Allah kurniakan untuk bersama2 dalam menjalankan usaha dakwah dan menyampaikan ilmu agama ni sama2 menghulurkan bantuan, menasihati serta menyokong tindakan yang baik selagi tidak bercanggah dgn syariat Islam. InsyaAllah!


Nampaknya entri saya kali ini lebih kepada sahabat^^, sebab saya sayang sahabat yang Allah kurniakan..:)
UKHWAH FILLAH!
--moga Allah kasih--

p/s : Berbaik sangka dan cuba utk TIDAK merungut ujian yang Allah dtgkan~~ "Allah di hati ^^, "



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...