Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah bagi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini,
Walaupun dalam kesibukan untuk menghadapi peperiksaan esok dan akan datang.
Dek rindu pada blog, saya gagah juga post entri. Hehe.
(bia la xdek orang bace pon :P haha)
Buat adik2 kumpulan akak kat Syurga Hati hari tu,
kak Ku minta maaf sangat2 sebab xsempat nak menjawab soalan tu semua.
Tapi, InsyaAllah ! kalau akak ada jawapan berdasarkan sumber yang sahih, akak akan post kat cni. Cewah! So, dun wori okay ! :)
~ Bersama adik2 Form2 : Online dengan Allah ~
~ Bersama adik2 Form4 S M K P S Jerantut ~
* * * * *
PERCAYA
Definisi :
Percaya menurut Kamus Dewan, ialah mengakui akan benarnya sesuatu, atau yakin atau berasa pasti akan kebaikan orang dan sesuatu perkara. Percaya boleh merujuk kepada perasaan aman dan tenteram terhadap sesseorang atau sesuatu keadaan, juga boleh merujuk kepada penilaian akal dan penerimaan terhadap sesuatu isu, hujah, mahupun gagasan yang dibentuk. Dalam konteks perubahan, percaya merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan masa depan. ( From Mr. Goooogle :p )
Contoh :
Saya bagi contoh :
Percaya seorang hamba kepada al-Khaliq (Pencipta) :
Apabila ditimpa kesulitan atau kesempitan hidup, dia percaya bahawa ini adalah sebahagian daripada ujian yang mempunyai hikmah tersembunyi. Sebagai hamba, kita kena yakin bahawa segala sesuatu yang terjadi tidak ada sia-sia. pasti & pasti ada hikmahnya di sisi Allah Taala. Hamba itu juga percaya bahawa itu adalah qada' dan qadar yang perlu diterima dalam menjalani kehidupan di dunia. Percaya kepada Allah adalah asas kepada rukun iman dan islam. Jika tiada percaya, maka tiadalah iman dan islam itu. kan?
Percaya seorang ayah kepada anak :
Apabila dihantar ke sesebuah sekolah/institusi pendidikan, dia yakin bahawa anaknya itu tidak akan melakukan perkara yang tidak elok mahupun perkara mungkar. Si ayah yakin institusi itulah yang akan membentuk peribadi si anak.
Percaya seorang ibu kepada anak :
Apabila diminta untuk membeli barangan di kedai, si ibu yakin bahawa anaknya akan membeli barangan yang diperlukan dengan cermat dan betul. Begitu juga tika anaknya meminta doa untuk menghadapi peperiksaan daripada ibunya, si ibu yakin, anaknya itu dapat menghadapi ujian dengan lancar biiznillah.
Percaya seorang kakak/abang kepada adik :
Apabila Si kakak/abang yakin apabila adiknya dimasukkan ke asrama, si adik dapat mengurus diri dengan baik.
Percaya seorang pasangan :
Apabila pasangan itu saling mempercayai dan tidak akan timbul istilah cemburu buta kerana masing-masing saling mengenali antara satu sama lain. Masing-masing berusaha menjaga hubungan sehabis baik kerana Allah.
Percaya seseorang kepada sahabat :
Apabila dia tidak mengkhianati persahabatan yang dibina. Dia mengamalkan konsep 'Once a friend, always be a friend' because ' No man can survive alone'. Misalnya, menjaga hak-hak seorang sahabat, berusaha memenuhi hajatnya dan menyelesaikan kesulitan sahabatnya. seorang sahabat akan 'menjaga' sahabatnya itu dengan tidak mengambil kesempatan atau sekadar berkawan atas sebab2 tertentu. Nauzubillah. Moga Allah pelihara hubungan ukhwah yang suci ini.
Rumusan :
Tidak dapat tidak, percaya merupakan satu asas penerimaan dalam sesuatu perkara. Jika seorang sahabat tidak percaya kepada sahabatnya yang lain, mana mungkin dia menceritakan rahsia atau masalah peribadinya itu kepada sahabat tersebut. Jika seorang hamba tidak yakin akan adanya hari akhirat kelak, maka di mana akan dia berada setelah dia dibangkitkan semula. Percaya Oh Percaya. Percayalah...Hehehe :D
Cukuplah untuk kali ni.
Sedakar perkongsian dari hamba yang serba kekurangan ini.
sebarang penambahbaikan dan teguran amatlah saya alu-alukan.
Akhir kata...
~ Salam AIDILADHA dari saya sekeluarga buat semua ~
Sekian, Wassalam.
P/s : Mohon doa agar kita sama2 dipermudahkan urusan baik di dunia mahupun di akhirat sana.
Amin InsyaAllah ! ^-^y.
25 comments:
Assalammualaikum,kadang kala kita risau hilang kepercayaan drpd manusia,,tp kita lupa hilang kepercayaan drpd Allah itulah lebih mendukacitakan..
to perdu cinta >>
waalaikumussalam.
saya setuju 200% dgn saudari.
hehehe ~-^V.
"Put ur Trust in Allah, then everything gonna be alright".
Assalamualaikum...
Mencari2 istilah terbaik.
Hati.
Disitulah kepercayaan disimpan.
Jangan dicarik ia.
Gusar kan terkoyak.
Melihat kamu sebagai teman yang dipercayai.
Ehem! Percaya pun kait rapat dgn was2. Hik3
Moga Allah kasih. :-)
percaya,percaya dan percaya.
Allah itu sayang sama kita.
tu je mampu cakap
hehehe
:)
السلم عليكم ورحمة الله
Percaya dan kepercayaan yang paling mutlak ialah kepercayaan kepada agama. Jangan sesekali sangsi dan berubah kepercayaan kepada Maha Pencipta.
tgh exam ye.. best of luck ;)
Percaya? word yg mengukuhkan sesuatu dalam apa2 jua keadaan.. thnkx ats perkongsian tntg word ni ;D
Sufi~
Kalau percaya itu tunggak utama dalam iman dan islam,
biarlah rasa percaya itu bertapak untuk selamanya agar kenikmatan iman dan islam itu lebih kukuh dan mampu mengukuhkan ketaqwaan kita pada DIA...
Percaya Allah, percaya Rasul, percaya Kitab, percaya Malaikat, percaya Hari Qiamat, percaya Ketentuan Ilahi...
percaya itu penting kerana percaya itu kita meletakkan sesuatu keyakinan, maka percaya akan KeEsaan Allah, maka Allah akan tumbuhkan keyakinan yang tak berbelah bagi dalam diri kita terhadap AgamaNya, islam..
InsyaAllah...
*pnjg pulop ceramahnyer,hikhik
^^
to iqa >>
waalaikumussalam :)
hehehehe.
mksudnye biar pecah di perut, jgn pecah dimulut.
ke guane ?
:D
saling percaya. ahaxz :P
Moga Allah pelihara segalaa~~~
Moga Allah kasihmu jua sayangkueh ^-^V,
to aien>>
Aaaiiieeennn !!
terharu sbb ko komen kat cni.
hew hew hew :P
"Percaya...kata janjiMu..
kerna ku yakin apa di genggamMu..
keharuman..setanggi syurga..
bukan kerna kilauan sebilah belati.."
hehehe:D
tu jek mampu nyanyi kat ko!
kih3~~
to abd razak >>
waalaikumussalam.
syukran atas ingatan.
lupa nk wat contoh percaya seseorang kepada agama..
ngeh3 :D
"YAKIN dengan hakikat kalimah toiyyibah!"
to sea lavender >>
Ya. hehe.
Terima kasih atas ucapan itu :D
yup.
percaya. mempercayai. dipercayai. terpecaya.
sama2. moga ada manfaatnya.
~-^V,
to angah a.k.a rumatekueh >>
ila~~
terharu sangat komen ko!
syukran atas peringatan bermakna..
walaupun kita serumate tapi xpernah ko bg tazkirah gni kat aku sblom ni..
hehehehe:D
Mengucap kalimah syahadah.
Solat lima waktu.
Puasa di bulan Ramadhan.
Menunaikan zakat.
Mengerjakan haji..-> rukun Islam.
InsyaAllah!
bila kita thabat di jalan Allah, moga Allah pelihara kita jua di mana-mana.
Moga Allah sayang & kasih padamu!
^-^V.
Assalamualaikum wr. wbt..
Percayalah kepada diri sendiri
to sukri supi >>
waalaikumussalam w.b.t.
syukran.
komen yang pendek, tapi bermakna.
:)
assalamualaikum..
..percaya..beleive..
percaya tanpa ada ragu,
itulah dia percaya kepada Allah..:)
to kembara hati >>
waalaikumussalam..
yana !!!
hehe :D (excited....)
believe is percaya. yez! got it :)
percaya pada Allah.. asas keimanan dan keyakinan yang mantap!
^-^Y,
assalamualaikum ustzah sufi..
speechless,huhu
ana tsiqah dengan enti^_^
*tsiqatan billah
to ida >>
waalaikumussalam syahida syahidan.. :D
ehehe..awai duk bloging..kih3:P
speechless means nk komen tpi xtahu cmna nk mula.ke guano ?
org drh manis gtu laaaaaa...:D
enti min thiqatan sodiqati..
(ye dak bunyi gni..? hehe)
* Uhibbuki fillah ^-~V.
sufi sufian,hihi
biasa la..burung yg terbang mencari rezeki awal, balik umah kenyang la..
(ada kaitan ke?hehe..ada2,renung dlm2).
klu bloging awai2, sempat la komen di blog cik sufi.kan2..
drh manis??
ape tu? adakah spt cik kueh kita ini? hehe
erkk..pelik je bunyinya cik ku..
xpe2,ana fhm..ckp bhs perancis pn ana fhm,asalkan cik ku yg ckp^_^
inni uhibbuki fillah^__~
to ida >>
haha..euw..
manje sungguh ustzh asing ni..:D
xpe2..ape yg ustzh asing ckp, sumo kait blako..ehehehe:p
aaaaaa???
drh manis?xtaw xtaw..ekekek:P
p/s : nanti kena wat entri ckp francis la tuk ko! hua3:D (gurau2..)
luv u jiddan jiddan ^-^Y
suke tengok gambar femly kueh.. bahagie :)
to cik atin >>
hamboih..
ke suka tgk abg2 dlm gambo tu?
ahaaaxx:P
InsyaAllah, bahagia till the last breath :D
Kepercayaan tunjang kpd kebahagiaan dunia akhirat..:-)
Alhamdulillah..anak2 sekarang lebih tinggi ilmunya, mudah2an sentiasa begini..
to anymos >>
utk mendapat rasa bahagia perlu ada rasa percaya. :)
to hanny Abdullah >>
Alhamdulillah.
anak2 perlu didikan dr ibu dan ayahnya.
bgaimana acuan, begitulah kuihnya :)
insyaAllah.. moga Allah rahmati kita.
Post a Comment