Thursday, December 8, 2011

bErNiaGa~~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt,
Harap sahabat semua di rahmati Allah InsyaAllah~~ 
Serasanya dah lama xupdate blog ni.
Bukan ketiadaan masa utk update, tapi bz ‘bekerja’ cari masa. Hehe. Tambahan pula, blog sy dah bertukar ‘wajah’.

Em, Musim2 cuti sekolah, maklumlah..mcm2 programnya..ada orang sibuk adakan kelas tuisyen, ada pula yang bekerja sbg pam atendan di stesyen minyak, cashier di pasaraya, ada yang ambil lesen kereta, malahan ada juga yang bisnes secara online..:)

Berniaga??

Semua orang tahu apa itu bisnes..kan.. Tapi tak semestinya semua orang akan berminat dengan bisnes.. so, tajuk entri kali ni berbeza dengan bisnes online iaitu bErNiaGa~~
Ayah sy telah lama mengusahakan perniagaan makanan iaitu ‘Char koay Tiaw dan Laksa’. Rasanya masuk tahun ni dah 5 tahun kami berniaga.  Berniaga kecil-kecilan, mana tahu nanti wujud pula restoran besar..(mudah-mudahan..). Berniaga makanan  ni  banyak cabarannya. Sayur-sayuran mesti segar, halal dan makanan pulak mesti umph+sedap! Air bancuhan pulak  mesti manis sampai boleh dpt kencing manis..haha:P


Anggota perniagaan

Biasanya ayah saya akan ‘menggaji’ orang yang dekat dengan dia, tak kira lah sama ada jiran ataupon kenalan abah atau mak sendiri. Senang nak bekerjasama katanya. Tapi setakat ni perniagaan ni di monopoli oleh kami adik beradik. Musim cuti ni byk lah ‘pembantu x bergaji’..naik sekolah tahun depan, semua akan balik semula. Yang duk asrama gi asrama, yang duk maktab balik maktab, yang duk Mlaka pun pi balik belajaq..huhu..kerja kat sini ada yang tukang ambik order, hantar pesanan pelanggan, basuh pinggan dan sebagainya. Abah jadi tukang masak, mak jadi tukang buat ayaq/air.

^di majlis rumaH terbuka IPD Taiping^

Masa  perniagaan

Selalunya kami menjalankan perniagaan selepas sembahyang magrib sampai pukul 11.30 malam. So sebanyak manapon tempahan, abah akan masak lepas magrib. Situasi perniagaan memang akan berubah setiap hari.  Hari ni orang xramai datang, tapi tempahan bungkusan banyak. Dan ada juga hari-hari yang memang orang akan ramai memenuhi meja yang ada.. (ada 9 meja semuanya..). dan ada juga pelanggan yang selalu datang kat situ. Makanan kegemaran mereka gamaknya..:)  AlHamDulillaH, setakat ini, orang tidak putus2 datang ke gerai kami. Kadang2 sampai tak cukup meja. Emm.

^pelanggan yang setia menanti..hee^

Nama

Dari dulu sampai sekarang, memang abah tak buat banner or iklan mengenai lokasi gerai kami. Selalunya pelanggan yang datang akan cakap camni :

“alaaa….kedai kotiaw depan SinGer..”
“kedai tepi jalan tu,,,sebelah restoran Tomyam..”
“ada lori putih..ada meja beratur sepanjang jalan..”
Ayat ni kebiasaannya dengar di bibir pelanggan. Ada juga yang tanya kenapa xletak apa2 tanda di kedai.
(em, kedai ni dah lama wujud.. tak ada ‘tanda’ apa2 pun orang akan tahu juga..)

HKF RIMBUN ENTREPRISE …tu je tanda yang ada kat tepi lori.
Atau nama komersialnya : Char kotiaw D’ Singer Corner (coz berada di depan SINGER)..
Kalau hujan, kami akan letak semua meja kat bawah kedai Singer ni..(kedai peralatan dapur termashur).
Biasanya tokey kedai Singer dah paham.kamceng ngan ayah sy lagi..hehehe..

^tukang kemas meja^

Harga

Sepinggan cHaR Koay TiaW berharga RM3.00 manakala LAkSA pulak RM2.00. harga makanan tertakluk kepada perubahan menu pelanggan. Ade yang xmau udang, ade yang tak makan telur dan sebagainya. Manakala harga KOaY TiaW GoRenG dan Mee GoRenG adalah sama iaitu RM3.00. Makanan itu saje yang mampu kami sediakan. Keistimewaan masakan ini dimasak satu per satu pinggan..dan kuah kicap char koay tiaw dibancuh oleh ayah saya sendiri... (mudah-mudahan hasrat nak komersialkan kuah kicap ni  tercapai..Amin~~) Harga minuman pula mcm biasa kat kedai2 perniagaan yang lain..murah, berpatutan dan mampu dibayar.(kalau xdapat nak byr, tlg basuh pinggan pon xpe..hee~~)

^koay tiaw goreng^

Bazar & tempahan

Kalau berniaga di bazaar Ramadhan yang lepas, kami hanya berniaga CHaR KOAy TIaW, KoAY TiAw GoRENg, MeE gOReNG, LAKSA DAN MeE ReBuS. (Mee rebus hanya dijual waktu bulan pose je..) bagi saya, Senang berniaga di bazar..malam2 boleh terawih dan rehat. Hehe. Ayah saya juga menerima tempahan untuk rumah terbuka raya yang lepas. Antaranya di rumah salah seorang Pegawai Polis IPD Taiping, jamuan untuk rumah anak2 yatim sekitar Kamunting, jamuan untuk anggota Jabatan Agama Islam Perak Daerah Taiping dan sebagainya.  

^sekitar di bazar Ramadhan^

Ringkas

Serasa saya, cukuplah setakat itu bercerita mengenai perniagaan yang kami jalankan. Bukan senang nak menguruskan pelanggan yang kadang2 tidak sabar terima pesanan mereka. Huhu. Macam2 karenah pelanggan yang saya jumpa. Doakan semoga perniagaan kami dapat diteruskan dengan maju. InsyaAllah! Sesiapa yang berhasrat nak datang Taiping boleh lah singgah kat gerai kami. yang duk kat Taiping meh la merase..Hee. Kedatangan adalah aMat dialu-alukan. Itu saja buat kali ini. Sekian.


p/s :            
Maaf kalau ada link blog sahabat yang xde kat page saya. Nanti akan saya update kemudian.


Tuesday, November 29, 2011

under construction

SORRY,
THE BLOG YOU HAVE FOUND IS NOT REACHABLE.
PLEASE TRY LATER.
THANK YOU.

HARAP MAAF.
BLOG YANG ANDA CARI TIDAK DAPAT DIHUBUNGI SEMENTARA WAKTU.
SILA TUNGGU PENULIS HABIS WAT 'PEMBINAAN'.
TERIMA KASIH.

ASIF JIDDAN......

(xti cakap arab daa..HEHEHE)


InsyaAllah, dah siap construction, saya update ya^^,

lastly, teruskan blogging fisabilillah:)

assalamualaikum.

Saturday, October 8, 2011

kisah teh & sikap

             
           Di dalam negara jepun, terdapat sebuah sekolah yang terkenal dengan pencapaian akademik dan sahsiahnya. Ramai pelajar yang ingin memasuki sekolah itu untuk menyambung pelajaran disitu namun hanya yang benar-benar layak sahaja mampu melepasi halangan dan ujian untuk memasuki sekolah itu. Suatu hari, sekolah tersebut membuka sesi pendaftaran dan temuduga untuk memasuki sekolah itu. Ramai pelajar datang untuk mencuba nasib mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Berbagai-bagai situasi telah berlaku semasa sesi pendaftaran tersebut.

   
     Pada situasi pertama, seorang remaja datang menghadap pengetua sekolah tersebut. Pengetua tersebut menyuruh remaja tersebut menceritakan tentang dirinya. Apabila remaja tersebut memulakan cerita tentang dirinya, pengetua tersebut juga mula menuangkan teh ke dalam cawan. Remaja tersebut bercerita tanpa henti begitu juga pengetua tersebut tidak berhenti menuangkan teh kedalam cawan sehingga melimpah keluar dari cawan dan terkena remaja tersebut. Remaja tersebut menjerit kesakitan setelah terkena air teh yang panas. Setelah remaja itu mengaduh sakit, barulah pengetua itu berhentu menuangkan teh. Lalu remaja tersebut bertanya kepada pengetua kenapa menuangkan teh sehingga melimpah.





      Lalu pengetua tersebut menjawab:’itulah kamu. Terlalu asyik membanggakan diri hingga lupa akan kemampuan sebenar diri kamu. Orang seperti kamu sudah tidak mampu lagi menerima apa-apa kerana sudah merasakan diri kamu tahu dalam semua perkara dan akhirnya mampu membawa musibah pada diri kamu sendiri’.





KESIMPULAN:

1.   Betulkan niat dan sedar akan tujuan sebenar kita berada di sesuatu tempat.
2.   bersedia untuk menerima ilmu baru.
3.   Jangan berlagak sombong dan berbangga.
4. Kita diberi kekuatan dan kelemahan tersendiri..sayangilah kelebihan dan cintailah kekurangan ^^. 




^^, semoga dapat ambil iktibar, dan sampaikan ^^,
.....sekian....

Wednesday, September 28, 2011

KBS SK. Clifford 2011

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur…
Kerana apa?
Kerana hari ini kita masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam..
Ya. Syawal bakal menghabiskan bulannya..
Ramadhan juga telah sebulan meninggalkan kita..
Justeru, amalan2 yang buat waktu ramadhan jgn pulak kita tinggal..
Nanti kita pulak ketinggalan di ‘sana’..nauzubillah..

Tanggal 24 sept 2011 yang lalu,
Saya dan beberapa rakan yang terpilih tlh mgikuti satu kem.
Kem ini dinamakan Kem Bestari Solat Fasa 2 di SK Clifford, K.Lipis..
(Ehem…sekolah siti nurhaliza dolu2..~~)
First time menjejak di situ..saya fikir sekolah itu sekolah yang besar..
Maklumlah…kedudukan strategik kat tepi jalan dah..padang pun besar..
Bila sampai saja di sana…Allah…
Sekolah itu kecil saja, tapi nampak besar seluas mata memandang..
Walaupon ada di antara kemudahan yang agak uzur, tetapi..
Ia tetap dapat digunakan dgn baik. Syukur..
Kami ditugaskan untuk memantau amali murid tahun 1, 2 dan 3..
Murid2 lelaki dikendalikan oleh ostad2,
manakala, murid perempuan, ustzh2 yang pantau.
Nak dijadikan cerita..sepanjang hari tersebut, ade beberapa soalan yang mencuit hari saya..
Maklumlah..murid tahun 1 macam2 karenahnye..^^,

Cerita 1:
Murid 1 : ustazah, kenapa spec ustazah terkoyak??
Ustazah : ????? Dalam keadaan tertanya2..menjawab : owh…waktu ustazah buat spec dulu, kedai tu xcukup cermin…sbb tu terkoyak..hehehe..
Murid2 : betul ke ustazah,,cian ustazah..
Ustazah : ehem…bukanlah…ni fesyen spec memang macam ni..
Murid 3: oOO..ade jugak fesyen mcm tu kan..
Uztazah : …..^^, (hanya mampu tersenyum…alahai ank muridku…)
^spek ku terkoyak..hehe^
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Cerita 2 :
Seusai je perkenalan diri..cerita pasal wuduk..
Cara2 ambil wuduk dan amali ape sume..
Masuk lak bab solat…
Ustazah : sape kat sini solat subuh pagi tadi..??
(xde murid pon yang angkat tangan..ish3…xpe..budak lagi..)
Sape kat sini pernah solat??
Alhamdulillah..sume penah solat..walaupun baru tahun 1 ..^^,
tetibe…

Murid 1 : ustazah, abg dan kakak saya xsembahyang pon ustazah..
Tapi saya sembayang.. abang saya darjah 4..kakak saye tingkatan satu..xsembyg pon..
Ustazah : baguslah kalau awk sembahyang ..
Murid 1 : tapi macam mane ye ustazah..ehm, saya sembayang ikot mak saye…
Ustazah : kalau macam tu..awak sembahyang dengan mak awk ye..jgn ikot perangai abg dan kakak awak..^^,
Murid 1 : okey ustazah…
^sesi P&P..bersama ustajah uMMu^

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Cerita 3 :
Waktu sesi P&P dalam kelas..
Sedang saya memberi penerangan kepada murid2..
Ade pulak sorang budak yang asyik ketawa saje..
Haishh…mula2 risau dan takut jugak…mane laa taw kot2 kene pape ke..
Rupe nye ade perkara yang lucu…
Em..saya pon xtaw ape yang lucu sangat tu..ish3..

Murid 1 : eh..ko ni kenapa..suke sangat gelak..ustazah…tgk dia ni…
Ustazah : ape yang lucu sangat?? Cube cerita..
Hhaha..hihi….murid tu gelak2 lagi..ehem…saya ni muke klakar ke…
adoilaa…xpaham..xpe..saboo..
Lalu saya pun bagi tazkirah….:
“kamu sume nak tau x..sape yang kuat gelak…byk gelak..suke ketawa..
Nanti gelap hati…..sape yang suka gelak..nanti dia akan jadi sahabat syaitan..
nak ke jadi sahabat syaitan???”
Murid2 : xnk ustazah….!
Murid kuat gelak terdiam sebentar…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

So, konklusinya??
(“,) nak dekat dgn budak kne guna pendekatan..
Guna kata2 yang dapat menyentuh hati mereka..baru mereka faham^^,
(“,) kanak2 perlu diberi pendedahan awal mengenai tuntutan solat..
(“,) para pendidik kene banyak bersabar…..^^,heee..

^bersama murid2ku..^


Itu saje perkongsian utk kali ni..^^,
Semoga dapat ambik ikhtibar..InsyaAllah..sekian~~

Tuesday, September 13, 2011

Peluang Beraya Seminggu xtra a.k.a. PBS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..
Geng blogger sekalian~~
Woah^^, Lame rasenye xmenjengah khabar blog ni..mcm2 da brubah..heee..
Di kesempatan yang masih sempat ni, nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN..

Buat rakan2, sahabat2, yang sudi mengucapkan ucapan rayer..
Xsempat sgt wat entri sal raye…huhuk..bzi memanjang..:P hee
So, disebabkan raye da lps..
Kali ni nak kongsi ‘Peluang Beraye Seminggu’ xtra kat Sek.Keb.Long Jaafar..
(maklomla raye….wat PBS pon kat blkg dapoq umah jek..hahak)
Em, Ni merupakan kali ke-2 kitorng wat PBS..sem lpas sy wat kat t’janu..huhu..

Isnin, 5/9/2011 :

^bersama rakan IPG yang berPBs di situ^

Mula2 biasalah…bagun2 mandi, iron baju ape sume then g skola..kul 7.20..hehehe. pastu, g lapor diri kat pak gat..nak wat PBS seminggu kat skola tu..
Setibanya sy kat c2..ghupenye ade lagi insan2 lain yang turut menumpang PBs skali..Alhamdulillah..ade gak geng..idakle sowg2..heee..
Walaupon berlainan IPG n kursus, tapi bersyukur coz dpt byk cite n pgalaman dr maktab masing2..seramai 6 org...sowg laki, yg len pompn yg wat skali..

Time assembly pg tu, kne plak perkenalkan dirik..aduuuhh…padahal seminggu je kat skolah tu…kui3..(beriye beno nye haaa…hehehe)
Sepanjang kami bermukim kat sana, kitorang duk kat libry yang serba moden + canteekk! (xmuat bilik guru sebenanye..hee)..ok lah…selesa pon selesa w/pon xdek econn..umm..:)
Disebabkan dulu sy student kat skolah tu, jd cam xsegan le sgt..hehee..tapi SGT terHArU bile jumpe cikgu2 lame…law xde cikgu, siapalah sy sekarang..ewahh^^,

ade plak bebudak yang kecoh2 coz ade adik sy yang skolah kat situ..ahaha..
ase cam femaes la pulek..heee~~umm, dia sedang menghadapi UPSR skg..
semoga Ku Muhammad Al-Amin b. Ku Zahari dpt menjwb dgn tenang,...INsya-Allah^^,

^semoga mendapat 5A dalam uPSR..amiiinn~~
nanti dapat masuk tahfiz ye..^


Selasa, 6/9/2011 :
Ha, waktu hari ni da stat bincang ngan cikgu2 kat skolah tu nak nengok cara ngajar..
Emmm..yg nak tergelak tu, ade plak guru2 c2 yang cam segan nak bg kitorang masuk klas die..ade plak yang ckp, diorang xngajo seminggu..ade gak yang moody coz kucing sakit..hahahaa..blh plak di jdkan alasan g2..hee..dah jd cam 'lect' plak coz kne observe ngajo..huhu^^,

^mgikuti salah satu p&p lam kelas^

^ha...ikot ckp cikgu ye...^


Rabu, 7/9/2011 :
Masih lagi menyambung tugasan yang dibri pihak IPG..kitorang jgk ditugaskan untuk wat satu projek nak disumbangkan kat skola..
Antaranya wat ‘big book’ sal isu semasa, then knew at akuarium hidupan laut kat lam PSS. Pergh…byk jgk keje kat skolah tu sampai kwn2 len msj tanye kabo pon xsempat den nak jwbnye..hehehe..xpe, mik pengalaman..name pon PBS..huhu^^,
Sepanjang2 wat PBS, xsempat pon sarapan kat umah...so, kantinlah tmpat kitorang borak2 sal IPG masing2..mcm2 cite ade..adoilaaa…baru sy paham napelah cikgu2 kdg2 suke sgt lepak pepagi n bungkus mknan tyme tngahari…ngeee^^, xsempat gamaknye..heee:)

then, ade sorang ustazah ni jempot sy, syahadah dan nashroh bg skit kate 2 smgt wat calon2 UPsR..diorang nie ade kelas kepong..kelas sampai kul 5...ni la mase diorang nak ulg kaji ape sume...:)huu~~
^semoga 5A dalam genggaman kamu sume^
Insya-Allah!

^ni hasil projek yang kitorang wat..huhu^


Khamis, 8/9/2011:
Tugasan sume dah hamper siap..dan kami bertungkus lumus siapkan projek skolah..
Lengkapkan maklumat ape sume.. em, agak bizi dan kalot  di hari tersebut coz ketua kitorang waktu PbS tu menyuarakan nk wat ‘Majlis Perpisahan Guru Pelatih PBs’..
Aduii….mau xkalot…dah la las2 minit rancang..sabo jela..huhu..bile p.k balik, sepanjg wat PBs, kali ni ade smbutan utk perpisahan kitorang..(agak beriya disitu..)
Hehehe….
Tapi, ape2 pon, kenangan sepanjang perjalanan kami PBS itu yang xdilupakan..
Em knkwn kat t’ganu & Kelantan da tamat da PBS diorang pada hari tersebut..huu.

malam tu...ade bacaan yasin di sekolah^^,
sy wakilkan mak & abah utk dtg ..hehe:)

^suasana sekolah di waktu siang^


Jumaat, 9/9/2011
Majlis Perpisahan berlangsung jam 11.00 pagi..
Tu pon jenuh g jempot guru2..ade gak guru2 yg xdapat hadir coz ade cls..
Nak di jadikan cerita, sy dilantik jadi MC time tu..alhamdulillah, da sedia dari segi fizikal dan mental..law x…mau nye ternganga kat dpn tu…keh33:P xpenah-penah jadi Mc..adoila…pengalaman sguh..:)
Selepas je salam2 ngan cikgu2 di situ, kami pon bersurai tanpa meninggalkan apa2 pon kecuali kenangan dan tapak kasut…hehehe..

^nie penghargaan dan hadiah dari kitowg utk sekolah..sebuah plaq dan frame gambo^

^bergambar bersama guru lama..hehehe^


Tapi…
Ade satu je yang sy xpuas hati….pelik…nape laporan penilaian sy kat skolah tu ade 2 sederhana..sedih sgt..keciwa mgkin…bkn sy sorang saje…malah, rakan2 yg wat kat skola tu pon turut mendapat laporan yg sama!!huk8..
Alagkah sedihnye bile tgk laporan tu..bukannye kami xwat kije..byk keje wat..em..
Xpola…nk wat gano..time jela..nak liquid, kang di tuduh menipu pulak..aiyark..
Mgkin ni petunjuk spaya jgn wat PBs kat skola sndri mgkin…hahaha:P

^ni ha rezult lpas sminggu dok c2..waaaa^


sblom perpisahan tu sume, sy jupe sorg cikgu pompuan yang ngaja sy dulu..
Smpai skrg sy ingat die sbb ade sejarah hitam bersama beliau..hehe..
Alkisahnya waktu tu sy tahun 5..emm..budak2…biasalah…taksub ngn permainan..
Nk di jadikan cer…sy main ank patung kertas bwh meja..hehe..ish3..
Pastu cikgu tu Nampak..die pon tego sy..die suh sy tunjuk ape yg sy main..
Ade gak bebudak laki yang gelak tyme tu..hahaha..
Pergh….cuak + tersengih jela yang mampu..
Kne denda berdiri time die njago..hehehe..malu kot bile kenang2 zmn skolah dolu2..

Then, cikgu tulah yang 1st n last sy peluk sblom berpisah..

Cikgu : rindunya cikgu kat kamu..
Sy : sy pon…lame xjumpe cikgu..
Cikgu : sebak rsa nye..dah besar kamu ye..xberubah mcm dulu...Suke pon sengehh…kne marah pon sengeh….hehehehe:P
Sy : heheh..cam ni la sy cikgu..:) time kasih cikgu…
Cikgu : okey…slmat belajar ye!!





Tulah kenangan semasa PBs kat S.K.Long JAafar..
Emm, Sekolah yang penuh nostalgia zaman kanak2..
Huhu..kamu sume pon mesti penah ade kenangan waktu skolah rendah…kan kan...
ce cter..hehehe…ade x yang kne marah cam sy dulu ??hahaha..

That’s all..
Syukran^^, 
jumpe lagi~~


p/s : ade sesape nak teks pengacara majlis a.k.a teks Mc ..???huhu..

Friday, August 19, 2011

^^aDaB MakaN^^


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah..

Sedar xsedar, dah hari ke-19 kita puasa..kn?:) cpt sungguh mase berlalu..

Em, dah lame rasenye xwat sudut ilmiah kat cni..

Hehe..jadi, selama tiga hari berturut-turut muzakarah tntg adab makan dengan Baitil ‘Atiqa mgu lepas…

so, sedikit perkongsian dari saya tentang ADAB MAKAN..

Moga kita sama2 dapat amalkan sunnah dlm seluruh kehidupan..

(tambah2 dlm bulan pose ni…byk ganjarannya..InsyaAllah~~)


^jgn ikot cth nie ye..isk33^

SEBELUM MAKAN

1. Solat sunat 2 rakaat

2. Menutup aurat

3. Pastikan kita yang menunggu makanan, bukan makanan yang menunggu kita..

4. Berkumur-kumur (memudahkan kita untuk mengucap syahadah di akhir kalam nanti)

5. Basuh tangan

6. Hampar kain seprah

7. Berwuduk


AWAL MAKAN

1. Menutup kepala

2. Berdoa di awal dan akhir makan

3. Mulakan dgn mencicah sedikit garam dengan menggunakan jari manis (dpt jauhi daripada 70 penyakit)

4. Makan dalam talam (sekiranya makan dlm talam, lauk ltk tgh2 ye…)

5. Utamakan kanak2 mkn dahulu, krn di akhirat kelak, makanan mereka tidak akan dihisab.


SEMASA MAKAN

1. Duduk secara sunnah (fadhilatnya, selain mendapat keredhaan Allah, adalah kerana perut kita mengandungi 3 bahagian, 1/3 utk makanan, 1/3 utk minuman, 1/3 utk angin..cukup2 utk memenuhi ruang dlm perut. Dari segi saintifiknya, dpt mengelakkan perut buncit…^^,)

2. Ambil makanan yang hampir dahulu.

3. Bercakap2 mengenai kebesaran ALLAH

(kalau diam ketika makan adlh menyerupai Nasrani, kalau bercakap tntg keduniaan menyerupai Yahudi.)

4. Doa ketika makan buah : اللهم بارقلنا في ثمرنا

(Allahumma bariklana fii samarina)

5. Minum secara sunnah : mulakan dgn membaca : بسم الله الرحمن الرحيم

kemudian, letakkan jari kelinking di hujung cawan,

dan bace doa : بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض .

(sekiranya terasa bergetar pada jari kelinking tersebut, atau lelangit terasa geli, seeloknya, tinggalkanlah air tersebut kerana dikhuatiri ada ‘apa-apa’ yg bhye ataupun sihir dsbnya…)

6. Kalau dah xsempat sangat nak membaca doa sebelum makan,

bacalah doa ni : بسم الله اول واخر (bismillahi awwalu wakhiru).

7. Seelok-eloknya, minum air 15 minit atau 30 minit selepas makan.

(baru mudah makanan nk hadam~~)


SELEPAS MAKAN

1. Bacalah doa selepas makan.

2. Jilat jari ikot sunnah~~ kemudian kucup..:)

^nie tangan kanan ye..^


3. Lipat hujung seprah secara bersilang ke tengah,

kemudian bace doa : حمدا كثيرا مباركا فيه ,

then kalu ade sisa2 makanan, buangkan kat rumput,

dan ucaplah : في سبيل الله , supaya makanan tu xmenuntut pada kita di akhirat kelak.

4. Jgn makan tulang belulang..

5. Pastu, basuhlah bekas/pinggan/mangkuk makanan dengan segera agar syaitan xkencing dan benda lain xmenumpang pd bekas tersebut.. (Isk3..nauzubillah..)

6. Akhir sekali, basuhlah tangan..:)



Alhamdulillah…setakat itu je yang sy ingat..w/upon ade byk ag sbnarnye..

Ehm..Kalu ade yang terkurang tu..mohon perkongsian dan penambahan dari kalian..

Dan jika tersalah kata, minta di betulkan..

InsyaAllah~~~teguran yang membina membantu kita terus thabat ke jalan Allah..

Ehem….berhenti sblom kenyang yee..bukan makan sampai kenyang^^,

Huu~~


^ayuh mujahadah smentare masih ade mase..!^


p/s : entri ni nak post waktu nak dkt buke pose..tapi line tetibe putusss..

so….SELAMAT BERBUKA, SELAMAT BERTARAWIKH

DAN SELAMAT BERAMAL ya komee~~^^, ywee~~

WaSsalam~~~

Saturday, August 6, 2011

ponteng?

Salam ramadhan buat semua…

Hari ni tetiba saya dapat ilham nak buat entri mengenai ‘ponteng’.

Aduhh…cakap pasal ponteng…mcm2 la terlintas kat fikiran kita..kn?

Msti ada yang ckp ponteng kelas, ponteng jadual, ponteng buat keje sekolah, ponteng pogram..

Tambah2 lagi skarang bulan ramadhan..mesti ade yang terfikir pasal ponteng puasa!

Allah…

Tapi jarang ase nye kita dengar ponteng makan atau ponteng balik..

Hehehe:)

kalau dok kat IpG, memang xde yang nak ponteng balik. Kalau boleh, nak balik setiap minggu lagi..tu pon kalau rumah dekat..

Ke ade sesape yang xsuke balik rumah??hehehe..

ponteng makan pulak sesuai rasanya untuk budak/pelajar tu nak diet..ehem3

(makan apa yang perlu saja ye..jangan dok ‘balun’ semua mknan macam ular sawa..ish3)


Jom! Kita bedah maksud ‘ponteng’

Ponteng secara ringkasnya, adalah :


"... istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah."



setelah uji kaji dibuat, maka terdapat 3jenis ponteng yang boleh digambarkan secara umum.


Pertama: Ponteng sekolah

Ponteng sekolah merupakan satu tabiat buruk di mana murid tidak hadir ke sekolah TANPA sebab atau alasan yang munasabah. Kelakuan seumpama ini merupakan masalah disiplin yang paling popular di kalangan murid2.

ponteng sekolah ni bahaya..tambah2 sekarang masalah social berleluasa..kalau di biarkan, generasi akan dtg turut binasa..nauzubillah!

justeru, peranan para pendidik sekarang makin mencabar kn..jadi, lenturlah buluh, tika masih rebung..:)

^^bagus murid2 ni..rajin2 blajar ye..^^

Kedua: Ponteng kelas or kuliah.

Ponteng kelas berlaku apabila seseorang murid itu berada di kawasan sekolah / kolej tetapi tidak berada di dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Kebiasaannya, murid/pelajar akan mencari tempat2 tertentu seperti tandas untuk melepak dan membuang masa.

(cakap pasal ponteng kuliah, rasenye atas attitude pelajar itu sendiri..kalau dia MAHU, mesti dia akan BELAJAR..emm..tapi macam mane yang dipaksa belajar ya???)



Ketiga: Ponteng minda.

ehm..gejala ini kerap berlaku tanpa disedari. Secara umumnya, jaSaD si pelaku berada di dalam kelas. TApi, pemikiran dan tumpuannya telah jauh menghilang (erti kata lain : koya / mengelamun) Guru- guru atau pensyarah yang peka boleh mengesan perkara ini dengan kerap bertanya soalan kepada murid berkenaan untuk menguji sama ada mereka mengikuti pelajaran atau tidak.

(kalau budak tu boleh jawab, maka, di FOkUS dalam belajar..tapi kalau dia xdapat jawab..sah lah dia tiDoQ or ponteng minda..hehehe)

Jangan lah ponteng minda…nanti xdapat ‘berfikir diluar kotak’..huhu~~


Thus, maksud dan jenis ponteng ni luas sebenarnya..

So, Xperlu lah kita ponteng sesuatu yang xperlu pon kita skip2..

Contonye, solat, puasa, zakat dsb nya…sume tu untuk kebaikan dan keuntungan kia ‘menuju ke sana’ juga..(so, selamat beramal utk ladang akhirat ya~~~)

Akhirul kalam, dalam kehidupan kita ini, mestilah berFOkUSkan sesuatu,

sama lah macam memanah..

Dalam memanah, Kita berfokuskan ‘bull eyes’ yang ditgh2 target butt tuu..

Kalau kita fokus betoi2..barulah anak panah kena dengan tepat..!haa..

So,

Nak tahu camne FOKUS dalam blajar??

Jom!! belajar memanah^^, hehehe:)


^tudia..sapa yang panah naik sampai daulat tuanku tu??ish3^


^skuad robin&robina hoood afzan!^hee

^bergambar kenangan bersama 'dua yana'^

^kenangan bersama pemilik blog ruhul qudus dan bicarakatalyiana^


itu saja buat kali ni..

manfaatkan hujung minggu anda dengan alunan bacaan Al-Quran~~

illaliqa^^,




p/s: sape yang ponteng ceramah etiQa takaful??

(sila dok lam bilik senyap2..hehehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...