Sunday, May 6, 2012

' GeNta RaSa '

*sekadar meluahkan 'rasa' *
hehe :P 



kita tidak akan dapat menjangka..

saat kita menempuhi onak duri
derita kadang kala mencuit hati
hati remuk menangis tak henti
kesedihan terus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi..

kita menangis..
terus menangis..
kita terharu..
bercelaru...

Duhai hamba ilahi..

begitulah kehidupan di dunia
kerna hidup ini hanya ilusi semata..
Apa yang kita harapkan belum tentu kita dapat laksanakan..
boleh jadi kejayaan..boleh jadi juga kegagalan..

Apa yang Allah aturkan buat kita..
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
tersangat tidak suka..
pabila aturanNya bukan pilihan kita..

Apa pun situasi yang mengundang jiwa..
Percayalah !
kerna Allah itu tuhan kita..

Tuhan yang Maha luas kasih sayang-NYa..
DIA tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana...
tertawa di sana..
berbahagia di sana..
InsyaAllah di syurga sana..

Duhai yang bergelar hamba..


usah bersedih.. 
kerana
kesedihan demi kesedihan..
menjadikan air yang manis terasa sangat pahit..
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar kembali layu..

air mata mengalir hangat di pipi lantaran 
terasa diri begitu kerdil disisi MAha Esa..
hanya kerana mahu menjaga hati manusia..
kita lupa menjaga Allah yang selalu bersama kita..
begitu berdosanya kita pada Dia yang Maha Pencipta..


Duhai hamba..

islahkan dirimu.. 
dan teguhkan pendirianmu...
sepanjang hidup dan usiamu 
jangan mudah berputus asa..
dan air mata yang kau titiskan ..
simpanlah ia...
jadikan tauladan untuk terus melangkah kehadapan.

benar..
segalanya tidak mungkin diundur kembali..
tapi segalanya boleh diusahakan lagi..
terus berjuang dan melangkah dengan pasti!


be positive!
" you don't know everything but Allah knows everything"
Don't Be sad..
Allah always be with u..:)



"-_-  mencari kekuatan yang sirna -_-"


p/s : Moga ada pengakhiran yang terbaik buat kita.InsyaAllah!
salam tahajjud cinta untuk-NYa :)


9 comments:

Angah Rahim said...

Kueh a.k.a Rumet:

Awat sedih ngt entri ko kli nih??

Emm..tpi inilah nmanya KEHIDUPAN..

tnpa DUGAAN mahupun CABARAN, mana mungkin mampu kita ukur sejauh mana tahap kita memerlukan DIA...

hehehe...

Air mata tak bermakna untuk tangisan saja..malah untuk sesuatu yg menggembirakan pun ya jugop!!

RuMaH TuA said...

Almukminu ilfun makluf. wala khoiro fiman la yaklafu wa la yuklaf.

"Org mukmin itu bersifat mesra dan dimesrai. Tidak ada apa2 kebaikan pada sesiapa yang tidak bersifat mesra dan tidak dimesrai."

Moga Allah kasih.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Usah bersedih. Berfikirlah tentang tanda-tanda kekuasaan Allah dan tandanya akan melahirkan rasa cinta, berfikir tentang janji pahala Allah, tandanya akan melahirkan rasa keinginan, berfikir tentang ancaman siksa Allah, tandanya akan melahirkan rasa takut, berfikir dalam memutuskan hawa nafsu termasuk dari kebaikan Allah dan tandanya menimbulkan rasa malu kepada~Nya.

fuad ansari said...

thanks.. memberi inspirasi sungguh.. bergenta2 rasanya hati.. (",)

yup, kadang2 menangis juga dengan perjalanan kehidupan ni yang kadang2 tidak seperti yg kita harapkan..

duhai hati yang bergelar hamba..
bersabarlah seketika..
dunia ni sementara..
dan Allah swt suka melihat kita menangis mengadu kepadaNya..

(",)

~kueh~ said...
This comment has been removed by the author.
~kueh~ said...

to ila rumate kueh>>

tyme tu tgh cedih kut!
heh:P
yep! betui cakap ila tu..
tapi sungguh berbeza kalau airmata kesediahn & kegembiraan..sama punca nya (dari mata), tapi xsama 'sebabnya' mengalir air mata :)em.

DIA di hati kamu dan akuu ~-^"
LuV u <3

~kueh~ said...

to iqa>>

sungguh bermakna..
sampai xtaw nk komen ap..
ngee~~~

"innamal mukminuna ikhwah.."

moga Allah kasihmu jua <3!

~kueh~ said...

to ust razak >>
waalaikumussalam,

syukran atas tintanya..:)
duhai kesedihan..
pergilah pergilah..

"moga kita sama2 beroleh kecintaan yang berkekalan dari-Nya.."
InsyaAllah.

~kueh~ said...

to Fuad ansari>>

isk3..
sungguh ke ni?
ade juga yang bergenta rasa..:)
(terharu...)
afwan dan syukran kembali~~

'sebaik2 pergantungan adalah Allah'

*sedap jugak sambungan kata2 'genta rasa' saya tu..heheh:P

->> may you success in this world & hereafter. InsyaAllah !

(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...