Friday, May 17, 2013

ikhlas ?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar sahabat blogger ? hope baik2 aja !
Semoga Allah merahmati kita semua.
Semoga Allah menerima segala amalan kita.
InsyaAllah :)

Menyahut seru 'peminat2' yang ingin saya terus menulis kerana-Nya.
Hehe.

ikhlas --->>
ikhlas adalah anugerah.
ikhlas adalah subjektif.
jika kita mahu sifat ikhlas, kena minta kepada 'Tuan punya ikhlas'.
ikhlas adalah tidak memandang sesuatu amalan itu sebagai perkara ikhlas. noted!

kenapa update tentang ini ?

kerana hati merintih mahu dekat padaNya. dengan betul2 ikhlas.
kerana hati mahu meraih cintaNya lebih dari segalanya.
kerana hati mahu terisi dengan ayat2 cintaNya.
kerana hati rasa dipanggil untuk ke arah cinta-Nya.
kerana hati ini kotor. Hati ni mahu dibersihkan.

Segalanya bermula dengan iman yang ada dalam hati.
Cukuplah. Cukuplah. cukuplah Allah dan Rasul sebagai pendampingku.

Semoga Allah pelihara iman kita semua.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Dan.........

Semoga perkongsian saya yang sdikit ini, ada manfaat buat semua :')
InsyaAllah ~~~

#yuk !!!! koreksi diri O(^-^)O


Penutup :  

ehem ! rasenye x ter lambat lagi nk ucap 'selamat hari guru'
untuk
para guru/bakal guru, ostad, ustajah, cikgu cekgi dan sensei, sifu.
hehe :D peace !!! 



Wednesday, January 23, 2013

دَعُونِي دَعُونِي

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam buat nabi Muhammad S.A.W
Syukur Alhamdulillah. diberi kekuatan utk menulis sesuatu di warkah ini.
Kalau diikutkan rasa, nk 'pencen' dari dunia blogger..
Tapi..
Sahabat2 duk tanya pasaipa xupdate blog.. haihh ..hehe

Jadi,  sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma ni, saya nk kongsi sesuatu.
Berkenaan qasidah.
Ucapan puji-pujian kepada Rasulullah.
Bait makna dan lafaz dalam alunan qasidah sangat menusuk qalbu.
Bila dengar je, rasa tak puas.
Dengar lagi dan lagi. kemudian hafal !
(emm..lagi bagus begitu daripada hafal lagu lagho..kan? )


 :: دَعُونِي دَعُونِي :: 

Terjemahan Qasidah : Da'uni 

Biarkanlah aku, biarkanlah aku bermunajat dengan Kekasihku.
Janganlah salahkan aku kerana yang demikian itu adalah haram.
Belajar daripada tangisku sambil bernyanyi wahai merpati.
Ambillah daripada halku pelajaran-pelajaran cinta.
Barangsiapa sepertiku penuh dengan cinta terhadap Nabi SAW.
Mengapa ditegah dan mengapa dimarahi.

Mereka telah menegur aku sebab aku cinta padamu.
Wahai cahaya mataku atasmu salamku.
Hatiku rindu pada Madinah.
Hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia. 
Aku wahai kekasih, tidurku tidak lena.
Dan bertambah sedih kerana rindu padamu.

--> ini antara qasidah yang saya suka dengar.
--> kebanyakan qasidah dialunkan dalam lirik arab ya kwn2 :)


:: Qasidah di kampus ::

Ahbabun Nabiy : nama kumpulan qasidah muslimin.
Darul Ihsan : nama kumpulan qasidah muslimat. 
kedua-dua kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan di kampus kami.
Melalui kumpulan ni, saya berkenalan tentang qasidah.
Saya dapat alunkan qasidah bersama kawan2. 
Kami sama2 dpt membangkitkan cinta kepada Rasulullah S.A.W !


:: Ringkas ::

Sesetengah orang boleh amal selawat atas nabi beribu, malah ada yang beratus kali.
Bagi yang kurang mampu, mungkin ni salah satu cara untuk merasa dekat dengan Nabi.
Berkenalan dengan selawat. kemudian lagu. kemudian cinta pada sunnah Baginda juga !

Ayuh ! sollu alannabiy ! jum berselawat :)

Salam maulidurrasul buat semua.


 :: Ahbabun Nabiy Ipgktaa :: 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...