Monday, July 2, 2012

Dal Nun Dal Mim.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, tiada sanjungan dan pujian berhak diucapkan selain kepada Allah, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam bagi Rasulullah S.A.W beserta keluarganya yang mulia, sahabatnya yang setia dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.

Udah bersawang upenye blog ni..dah lama xupdate..He He..
bukan bermaksud nak menyepi.
tapi duk cari mood dan topic nak tulis..ngeh3 :D
pekabo sahabat blogger ?
harap dikurnia afiat untuk terus merasai nikmat Allah ..
InsyaAllah.

Alhamdulillah..!
baru sahaja usai mendengar satu isu yang dikupas oleh :
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (motivator femes)
Bertajuk : bagaimana menangani perasaan dendam.
(so, entri kali ni mungkin labelnya motivasi santai kut! ^_^y hehe)


Definisi dendam :

- Berpunca daripada marah, sakit hati yang lama lebih daripada 4 minit sampai terbawa2 kepada 1 hari, 2 minggu, 2 bulan malah sampai 2 tahun. isk3..minta dijauhkan dendam2 nihh..


Punca dendam : 

1. luka hati yang parah
2. cemburu yang keterlaluan
3. dipermalukan dan dianiaya @ dianaktirikan
4. tidak redha
5. kerana hati enggan memafkan..Nauzubillah..! 

Impak dendam :

1. hati jadi sakit
2. minda jadi negatif
3. badan mudah sakit
4. hubungan tergugat
5. ketandusan hidayah


Ayat motivasi from Dr. (cukup terkesan..T-T) : 

"Orang yang berdendam akan dapat hati sakit, idup xselesa, makan xselesa, badan xsihat..mudah sakit..muka pon hodoh ..cepat tua..hidup xseimbang..hubungan tergugat.. prestasi tempat kerja juga tergugat..hubungan dalam keluarga pon xhebat!".

"Manusia merancang, Tuhan merancang, perancangan Allah akhirnya berlaku kerana perancangan Allah yang TERBAIK..Hak Allah adalah tentukan hasil. Hak manusia adalah betulkan niat, betulkan doa dan betulkan tawakkal.. so..don't Give UP!". 

"Sebenarnya, kalau kita xdiuji dengan orang sakitkan hati kita, macam mana kita nak tahu, kita ni sabar atau tidak. Rupanya, bila orang sakitkan hati kita, Allah nak uji  kesabaran kita. Ada orang kadang2 layak disakitkan hatinya.. sesungguhnya, you get what tou deserve, you deserve what you get. buat baik dapatlah baik..".

--> dendam adalah salah satu sifat mazmumah <--


The Solve of dendam  :

1. check balik perbuatan kita..coz mungkin ada tindakan kita (tanpa sedar) yang menyebabkan orang sakit hati..kan?

2. Heart- to- heart talk wif orang tu..InsyAllah..sama2 fhm then sama2 memaafkan :)

3. Redho dan Carilah hikmah "emas" kejadian yang nampak macam buruk, mesti ada kebaikan yang tersembunyi. 

4. Berkawan dengan orang yang berfikiran +ve! Anda akan positif!! 

5. Syukuri apa yang  ada..

6. Bermaafan sebelum tidurrrr..:) "dengan bersalam-salaman..dendam akan terhakis!"-->Dr. 

7. Berhati-hati jaga hati kawan.. ' terlajak perahu..blh diundur lagi..terlajak kata padahnya buruk..'


Doa untuk hapuskan dendam ;

1. Mulakan lah doa dengan Surah Al- Fatihah 
2. Baca Ayat Kursi banyak2 untuk hapuskan setan2 dalam diri kita
3. Surah Al-Hasyr ayat 21-24 untuk memecahkan kekerasan hati dan dendam..
4. Baca Surah Taha ayat 1-5 untuk melembutkan hati .. 
InsyaAllah... doa dengan penuh tawajjuh..Moga2 kita dipelihara-Nya :)



"Sungguh, dendam memakan hati kita...yuk! sama2 berdoa agar tiada dal.nun.dal.mim antara kita..!"
Amin2 Ya Rabb!




P/S :

Benarlah kalam Al-Quran : 
setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..
Sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat nenek saya 
(Romlah Bt Mohamad) yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah jumaat lalu.. Moga Rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.. Amin.. 



11 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Dendam, iri hati dan dengki merupakan penyakit hati yang bersumber dari kita. Hendaknya kita selalu ingat bahawa semua penyakit sakit itu datangnya dari nafsu dan syaitan.

Moga kita terpelihara dari penyakit hati yang sentiasa melanda...

~kueh~ said...

to abd razak >>

waalaikumussalam..

betul..
sakit hati, iri hati, susah hati, makan hati --> semuanya berpunca dari HATI..

bila rasa diganggu cepat2 baca ta'wwuz!

amin..
InsyaALlah, mudah2an kita dipelihara-Nya..

"hati-hati jaga hati, jangan biar hati mati" :)

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

Assalamualaikum wr. wbt...

Perkongsian yang menarik..dendam yang ada pada diri jika dibiarkan akan terus membara dan akan merosakkan diri...Jom sama2 baca doa untuk menjauhi sikap dendam sesama insan....(",)

kueh said...

to sukri supi >>

waalaikumussalam.
syukran.
sekadar menyampaikan~~

jangan jangan ada dendam..
kelak ia memakan diri..
jangan jangan ada dendam..
kelak kita yang rugi..
erk? :)

jum2 doa!
moga sama2 dipeliharaNya daripada dendam sesama manusia (",).
Aminn~~

fuad ansari said...

susah jugak rupanya utk kita berpuas hati dengan setiap orang yg berada disekeliling kita terutama bila berada di alam kerja... lain orang lain ragamnya.. dalam setandan pisang, kalau ada yg tak elok seulas dua tu, biasa lah kan...

mungkin Allah swt nak ajar sy utk selalu bersangka baik dengan orang lain... (",)

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,,,

Wah... Lama da tak main kat sini... ^^,

Jaga tangan kita agar jangan ada yang terkena susah kerananya sehingga terbit rasa marah yang jika dihimpun membawa kepada dendam.

Tak pernah ada dendam dengan dirimu sayangku... <3 hee..


Moga Allah kasih.

kueh said...

to fuad ansari >>

ye. btul..
mungkin dengan kita terima cara dia bekerja dapat mengurangkan rasa tdk puas hati tu.. btl x?
huhu..

mcm basuh bju dlm mesin.. xsemua kain tu elok lps siap dibasuh.. mungkin ade yang terr koyak ckit..ye dak?:)

mungkin Allah juga mahu tarbiah saya utk selalu bersangka baik dengan orang lain dan +ve kan diri.
(",)

~kueh~ said...

to iqa >>

waalaikumussalam..
amboi.. kat cni xbley maen angry bird taw..kih3:D

ish3..kena elakkan pukul org ni..
(tapi kdg2 salu jgk ter lapas pukui..heee)

Aku pon tdk penah ade dendam sama ko sbb sayang giler kat ko, sahabatkueh dunia akhirat insyaAllah ^-^y.

moga Allah kasih kamu jua! <3.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum,,kita sendiri berhak untuk mmbuat pilihan untuk terus berdendam atau sebaliknya..sesnguhnya memaafkan itu lebih baik kerana akan di pandang mulia..berdendam itu akan menjatuhkan martabat kita justeru kala dengan hasutan nafsu dan syaitan..nauzubillah.. :)

~kueh~ said...

to cerita best >>

terima kasih, syukran sudi terjah.
terjah la lagi kalau ada kesempatan.

Moga ada manfaat buat anda.

~kueh~ said...

to perdu cinta >>

waalaikumussalam.
syukran tinggalkan komen.
ya. betul tu..jika xmemaafkan, bimbang ia akan memudaratkan generasi akan datang dek kerana sifat mazmumah itu. hubungan juga turut renggang. kan ?

Maaaaaafkanlah.....hehe :)

Moga Allah pelihara kita..amin..^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...