Thursday, December 8, 2011

bErNiaGa~~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt,
Harap sahabat semua di rahmati Allah InsyaAllah~~ 
Serasanya dah lama xupdate blog ni.
Bukan ketiadaan masa utk update, tapi bz ‘bekerja’ cari masa. Hehe. Tambahan pula, blog sy dah bertukar ‘wajah’.

Em, Musim2 cuti sekolah, maklumlah..mcm2 programnya..ada orang sibuk adakan kelas tuisyen, ada pula yang bekerja sbg pam atendan di stesyen minyak, cashier di pasaraya, ada yang ambil lesen kereta, malahan ada juga yang bisnes secara online..:)

Berniaga??

Semua orang tahu apa itu bisnes..kan.. Tapi tak semestinya semua orang akan berminat dengan bisnes.. so, tajuk entri kali ni berbeza dengan bisnes online iaitu bErNiaGa~~
Ayah sy telah lama mengusahakan perniagaan makanan iaitu ‘Char koay Tiaw dan Laksa’. Rasanya masuk tahun ni dah 5 tahun kami berniaga.  Berniaga kecil-kecilan, mana tahu nanti wujud pula restoran besar..(mudah-mudahan..). Berniaga makanan  ni  banyak cabarannya. Sayur-sayuran mesti segar, halal dan makanan pulak mesti umph+sedap! Air bancuhan pulak  mesti manis sampai boleh dpt kencing manis..haha:P


Anggota perniagaan

Biasanya ayah saya akan ‘menggaji’ orang yang dekat dengan dia, tak kira lah sama ada jiran ataupon kenalan abah atau mak sendiri. Senang nak bekerjasama katanya. Tapi setakat ni perniagaan ni di monopoli oleh kami adik beradik. Musim cuti ni byk lah ‘pembantu x bergaji’..naik sekolah tahun depan, semua akan balik semula. Yang duk asrama gi asrama, yang duk maktab balik maktab, yang duk Mlaka pun pi balik belajaq..huhu..kerja kat sini ada yang tukang ambik order, hantar pesanan pelanggan, basuh pinggan dan sebagainya. Abah jadi tukang masak, mak jadi tukang buat ayaq/air.

^di majlis rumaH terbuka IPD Taiping^

Masa  perniagaan

Selalunya kami menjalankan perniagaan selepas sembahyang magrib sampai pukul 11.30 malam. So sebanyak manapon tempahan, abah akan masak lepas magrib. Situasi perniagaan memang akan berubah setiap hari.  Hari ni orang xramai datang, tapi tempahan bungkusan banyak. Dan ada juga hari-hari yang memang orang akan ramai memenuhi meja yang ada.. (ada 9 meja semuanya..). dan ada juga pelanggan yang selalu datang kat situ. Makanan kegemaran mereka gamaknya..:)  AlHamDulillaH, setakat ini, orang tidak putus2 datang ke gerai kami. Kadang2 sampai tak cukup meja. Emm.

^pelanggan yang setia menanti..hee^

Nama

Dari dulu sampai sekarang, memang abah tak buat banner or iklan mengenai lokasi gerai kami. Selalunya pelanggan yang datang akan cakap camni :

“alaaa….kedai kotiaw depan SinGer..”
“kedai tepi jalan tu,,,sebelah restoran Tomyam..”
“ada lori putih..ada meja beratur sepanjang jalan..”
Ayat ni kebiasaannya dengar di bibir pelanggan. Ada juga yang tanya kenapa xletak apa2 tanda di kedai.
(em, kedai ni dah lama wujud.. tak ada ‘tanda’ apa2 pun orang akan tahu juga..)

HKF RIMBUN ENTREPRISE …tu je tanda yang ada kat tepi lori.
Atau nama komersialnya : Char kotiaw D’ Singer Corner (coz berada di depan SINGER)..
Kalau hujan, kami akan letak semua meja kat bawah kedai Singer ni..(kedai peralatan dapur termashur).
Biasanya tokey kedai Singer dah paham.kamceng ngan ayah sy lagi..hehehe..

^tukang kemas meja^

Harga

Sepinggan cHaR Koay TiaW berharga RM3.00 manakala LAkSA pulak RM2.00. harga makanan tertakluk kepada perubahan menu pelanggan. Ade yang xmau udang, ade yang tak makan telur dan sebagainya. Manakala harga KOaY TiaW GoRenG dan Mee GoRenG adalah sama iaitu RM3.00. Makanan itu saje yang mampu kami sediakan. Keistimewaan masakan ini dimasak satu per satu pinggan..dan kuah kicap char koay tiaw dibancuh oleh ayah saya sendiri... (mudah-mudahan hasrat nak komersialkan kuah kicap ni  tercapai..Amin~~) Harga minuman pula mcm biasa kat kedai2 perniagaan yang lain..murah, berpatutan dan mampu dibayar.(kalau xdapat nak byr, tlg basuh pinggan pon xpe..hee~~)

^koay tiaw goreng^

Bazar & tempahan

Kalau berniaga di bazaar Ramadhan yang lepas, kami hanya berniaga CHaR KOAy TIaW, KoAY TiAw GoRENg, MeE gOReNG, LAKSA DAN MeE ReBuS. (Mee rebus hanya dijual waktu bulan pose je..) bagi saya, Senang berniaga di bazar..malam2 boleh terawih dan rehat. Hehe. Ayah saya juga menerima tempahan untuk rumah terbuka raya yang lepas. Antaranya di rumah salah seorang Pegawai Polis IPD Taiping, jamuan untuk rumah anak2 yatim sekitar Kamunting, jamuan untuk anggota Jabatan Agama Islam Perak Daerah Taiping dan sebagainya.  

^sekitar di bazar Ramadhan^

Ringkas

Serasa saya, cukuplah setakat itu bercerita mengenai perniagaan yang kami jalankan. Bukan senang nak menguruskan pelanggan yang kadang2 tidak sabar terima pesanan mereka. Huhu. Macam2 karenah pelanggan yang saya jumpa. Doakan semoga perniagaan kami dapat diteruskan dengan maju. InsyaAllah! Sesiapa yang berhasrat nak datang Taiping boleh lah singgah kat gerai kami. yang duk kat Taiping meh la merase..Hee. Kedatangan adalah aMat dialu-alukan. Itu saja buat kali ini. Sekian.


p/s :            
Maaf kalau ada link blog sahabat yang xde kat page saya. Nanti akan saya update kemudian.


18 comments:

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,,

Beshnye gerai Pak Ku...
Hee~~~
Walaupun tak berkesempatan makan di gerai, tapi puas hati la sebab da makan laksa mak ku yang sedap... Segar dari dapur gitu... Nyum~~~ Nyum~~~
(^-^)y

Amin~~~ Amin~~~
Allah permudahkan.

"Tengok tapak berniaga je"

~kueh~ said...

waalaikumussalam.

ngeh3~~
syoknya niaga..dpt mkn laksa hari-hari..kui3..
alhamdulillah, org jauh sampai jugak kat rumah kueh..mkn laksa berpinggan2..haha..(gurau2....)
^^,

"ada rezki boleh merasa lagi"

rindu iqa^^,

SyaheeDah said...

yeyey, no more under cnstruction!=D

xsmua org blh rs pglmn ku, tmsuk ida ni..huhu,(cedih2)
n i believe, pglmn adlh ilmu..

means,syukrn utk pkgsian ilmu ni^_^

*madam plan nk wt jualn ujung mgu, klu jd blh le pgil tokey ku msk,heee*

~kueh~ said...

alhamdulillah^^,
muncul jugak komen ida kat page kueh~~
hehehe..
amboi madam. perancgn mase dpn tuu..
hee. lw ade rezkinya, xsalah kan..hehe:P

~~pengalaman=ilmu~~

^i believe^

keyra said...

halooo haloooooo...;P
salam sahabat2 semua..wekkk..hahaha
berniaga? i loike....menege ni bnyk cbrn woo!! penat eh lyn custmr..tp penat ak berbeza la ngn penat PAK KU ..hihi...ak dlm alam maya..haha..dahla, malas plak nk cte panjang2...salam gerhana bulan..:P

~kueh~ said...

to keyra>>
halo alololo....
salam too.
u like?i like..hehe:)
memang byk cbrn, sbb tu kne sabo jela^^,

salam gerhana bulan too.

^gendang gendut tali kecapi,
lw free dtg lagi^..heee

(^___^)y.

Angah Rahim said...

Salam...rumet!!!!
hehe^^

aq kt library nih,

sje nk on9,kt rmh xleh...

tuan punyer ktne

dlm gmbr tu??xnmpk!

k la, sje nk tye khbar...
~^^

lyiana said...

wah!!kagum yana ku sekeluarga berniaga..
nnt kat mktb blhla ku mskkan char kew teow untk yana kan...nk g perak jauh sgt..hukhuk..=(((wat muka kecian ckit..huhu~~)
smg perniagaan ku sekeluarga bertambah maju hendaknya..=))

~kueh~ said...

to angah>>
wslm rumete..
hope sihat sefamili..:)
tuan blog tlg amik gamba, so xde dia lm gmbo tu..hehe..:P

salam rindu..see u soon ^^,



to lyiana>>
haha..SyukRan yana~~
mcm ni la berniaga..
so tiap kali balik umah memang xkan duk diam la kat rumah..
InsYAllah klu ada rezki..
emm. 2gu Yana dtg umah ku lah..hehe:D

syukran atas doanya..
amin, InsyaAllah^^,

^yana comel^

Anonymous said...

Tuan blog ambik order..
heee..^^

~kueh~ said...

to anymos>>
amboi..
ade pulak oder guna online ye..^^,

fuad ansari said...

boleh la singgah lepas ni.. selalu balik sana.. kampung mertua kat sana.... erm, tapi masih tak dapat nak agak kat mana lokasi gerai makan tu... hurm......

Anonymous said...

blh je ambk order on9 kn..
xpyh kne tnggu..
dh siap nt ambik la...
heee..^^

~kueh~ said...

to fuad ansari>>
InsyaAllah klu ada rezki..
oh..kg mentua..
ehem.berdekatan dgn stesen bas kamunting...dkt je ng trafik lite.
btol2 dpn SingeR.

^^,


to anymos>>
sabar menanti..
xgitu? :)
heee

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
model baju korea said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

kueh said...

to medel baju korea>>
syukran~~
salam kenal juga..
singgah lagi^^,

Anonymous said...

mintak tolong.. bolehsape tau no tel kedai singer depan stesen bas ni... ade nak cari kawan lama keje situ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...