Wednesday, January 23, 2013

دَعُونِي دَعُونِي

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam buat nabi Muhammad S.A.W
Syukur Alhamdulillah. diberi kekuatan utk menulis sesuatu di warkah ini.
Kalau diikutkan rasa, nk 'pencen' dari dunia blogger..
Tapi..
Sahabat2 duk tanya pasaipa xupdate blog.. haihh ..hehe

Jadi,  sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma ni, saya nk kongsi sesuatu.
Berkenaan qasidah.
Ucapan puji-pujian kepada Rasulullah.
Bait makna dan lafaz dalam alunan qasidah sangat menusuk qalbu.
Bila dengar je, rasa tak puas.
Dengar lagi dan lagi. kemudian hafal !
(emm..lagi bagus begitu daripada hafal lagu lagho..kan? )


 :: دَعُونِي دَعُونِي :: 

Terjemahan Qasidah : Da'uni 

Biarkanlah aku, biarkanlah aku bermunajat dengan Kekasihku.
Janganlah salahkan aku kerana yang demikian itu adalah haram.
Belajar daripada tangisku sambil bernyanyi wahai merpati.
Ambillah daripada halku pelajaran-pelajaran cinta.
Barangsiapa sepertiku penuh dengan cinta terhadap Nabi SAW.
Mengapa ditegah dan mengapa dimarahi.

Mereka telah menegur aku sebab aku cinta padamu.
Wahai cahaya mataku atasmu salamku.
Hatiku rindu pada Madinah.
Hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia. 
Aku wahai kekasih, tidurku tidak lena.
Dan bertambah sedih kerana rindu padamu.

--> ini antara qasidah yang saya suka dengar.
--> kebanyakan qasidah dialunkan dalam lirik arab ya kwn2 :)


:: Qasidah di kampus ::

Ahbabun Nabiy : nama kumpulan qasidah muslimin.
Darul Ihsan : nama kumpulan qasidah muslimat. 
kedua-dua kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan di kampus kami.
Melalui kumpulan ni, saya berkenalan tentang qasidah.
Saya dapat alunkan qasidah bersama kawan2. 
Kami sama2 dpt membangkitkan cinta kepada Rasulullah S.A.W !


:: Ringkas ::

Sesetengah orang boleh amal selawat atas nabi beribu, malah ada yang beratus kali.
Bagi yang kurang mampu, mungkin ni salah satu cara untuk merasa dekat dengan Nabi.
Berkenalan dengan selawat. kemudian lagu. kemudian cinta pada sunnah Baginda juga !

Ayuh ! sollu alannabiy ! jum berselawat :)

Salam maulidurrasul buat semua.


 :: Ahbabun Nabiy Ipgktaa :: 


8 comments:

Angah Rahim said...

Alhamdulillah....

yeay~ first komentar gitu,hehehe

Lame xdgr Qasidah berkumandang, tadi dah melepas nk dengar...makna yang mendalam..hafal2 jugak tpi yang penting makna qasidah itu sendiri yang dapat menerapkan cinta dan sayang pada Kekasih Allah ini...

Nabi Muhammad S.A.W...~
^___^

dalami maksudnya (qasidah), In Shaa Allah rasa kasih itu akan lebih bertambah...

ish3x...makin panjang lebar
pulak skrg ni mengomen yep! hahaha

pe pon, thanks for the sharing rumett ku....~

~kueh~ said...

to rumate ku >>

wahhh ! tahniah dear ! hehe..:D
alhamdulillah.
tulah. nk tgu blh berqasidah dgn merdu alamatnya xtahu la bilah..hehe :P

betul. alunan qasidah bkn sekadar hafalan tetapi juga sebagai satu penghayatan.

moga bertmbh cinta kita pada rasul..
insyaAllah.
luv u <3

RuMaH TuA said...

Assalamualakum...

Cik ku...

Amboi... Mentangla dia aktif fb, da nak 'pencen' jadi blogger ek..
Sob3
Hee~~~ (^___^)y

Mengambil pengajaran dari pengajaran2 yg Allah kirim buat diri.

Allah & rasul di hati!

Moga Allah kasih.

kueh said...

to iqa syg >>

hehe. wslm...
tersenyum sendiri bace komen ko
! haha

emm.. mengambil pengajaran sebagai pengajaran :)
semua yang dikirim ada hikmah.

lau kana bainana~~
Andai rasul berada bersama kita~~~

<3 u !

SyaheeDah said...

اللهم صلى على محمد وعلى آله

دعوني...

.....huhu...ku....

فيا ريح الصبا هبي # خذي قولي الى حبي
wahai angin pagi bertiuplah # sampaikan perkataanku pd Kekasihku.

orang yang menyinta, akan tenggelam dlm rasa cintanya yang bersangatan. hingga tidak terlihat olehnya kecuali apa yang dicintainya.

sesak di dada kerna merindu, namun
kehebatan rindu yg benar, akhirnya akn mengukir ketenangan di hati.

*Rasulullah..terlalu rindu padamu.
rindu..rindu qalbu..memanggil2 namamu..

rindu Nabi,
akan terbit cinta Ilahi..
..akhirnya, sayang sama kueh lillahi^___^

~cik atin~ said...

salam maulidur rasul kueh. dak reti nak komen dengan ayat ayat gramatik macam senior senior kat atas.. sob3

Allah dan rasul cinta teragung kita :)

~kueh~ said...

to cik atin >>>
salam juga..

ya. Allah dan Rasul cinta teragung kita ! <3

moga terus perjuangkan islam !

~kueh~ said...

to syahida >>
suka dgn kata2 ni :

"sesak di dada kerna merindu, namun
kehebatan rindu yg benar, akhirnya akn mengukir ketenangan di hati."

sayang sama ida jugak fillah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...