Friday, February 18, 2011

Kisah kandar dengan bekas yang bocor~

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan inayah-Nya dapat juga kita bertemu pada entri kali ini.


Hari ini saya nak berkongsi sebuah cerita. Boleh dikatakan cerita ini sebagai teladan dan pengajaran yang mana ia mungkin berlaku di persekitaran hidup kita cuma kita je yang tidak perasan.


Alkisah seorang hamba Allah yang kejenye selalu mengangkut air dengan menggunakan kandar . Kandar ni sejenis alat ngangkut air zaman dolu2, gune kayu panjang kemudian letak kayu kat bahu, dan kedua-dua hujung kayu tu ade bekas air mcm baldi..), jadi, dia angkut air dari telaga di bukit yang tinggi sampai lah ke rumah tuannya. Perjalannya jauh sehinggakan air yang dia angkut tu tinggal separuh je sebabnya waktu dia bawak kandar, air dalam bekas tersebut mcm terumbang-ambing g2..

(salah satu jenis kandar)

Sampailah satu hari tu, bekas air kandar dia bocor..(satu bocor, satu lagi elok)..jadi, dia xdapatlah angkut air dengan banyak. Dia berasa sedih, sebab xdapat nak ngangkut air dengan baik kn..mcm berat sebelah g2..sampai2 je umah, air kat bekas bocor pon tinggal sedikit je, manakala air dalam bekas yang tidak bocor dan cantik itu dapat mengangkut dengan baik dan memberi manfaat untuk kegunaan harian mereka.


Lalu, dia pon mengadu kat tuannya, then tuan dia cakap ; “ aku tahu bekas air di kandar kamu tu bocor, oleh itu, aku telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan yang kamu lalui.” Hasilnya, bunga2 tu dapat hidup dengan subur, disebabkan air dari bekas yang bocor itu. Hamba Allah ini lega kerana dia dapat melihat tuannya gembira melihat bunga2 yang subur di halaman rumahnya.


Jadi, apa yang saya nak simpulkan disini ialah, berkenaan dengan bekas air kandar tersebut. Masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kalau kita bayangkan, hanya sedikit je air yang dapat diangkut oleh bekas yang bocor. Tapi hikmah disebalik bekas itu ialah ia dapat menyuburkan tanaman biji benih bunga sehinggakan orang lain pon akan gembira melihatnya.


Kisah ini samalah macam kitaran hidup kita. Kerana apa?? Kerana mungkin ada dalam kalangan kawan2 kita yang macam bekas bocor tu, maksudnya kat sini walaupun dia ade kekurangan, tetapi, akan ade kelebihan lain yang dapat memberi manfaat pada orang lain jugak. Manakala bekas yang cantik pulak, janganlah bersikap sombong dan bongkak kerana kelebihannya. Kerana semua manusia itu TIDAK sempurna. Maka, kite kene terima kekurangan dan kelebihan seseorang. Jangan disebabkan kita nampak kekurangan dia, kita menjauhkan diri daripadanya dan memeandang rendah kepadanya. Patutnya, kita bimbing dia supaya dia dapat bagi manfaat pada kita, dan kita dapat bagi manfaat kepada dia. ( Inna likulli shai-in hikmah )


Jadi, setakat itu sajalah perkongsian saya. Moga2 kita saling mengingati antara satu sama lain dan menyeru kearah kebaikan serta memberi manfaat kepada orang lain walaupun sedikit. Insya-AllahJ


Semoga bertemu lagi.

Ilalliqa^^

Sunday, February 13, 2011

entri ke~50^^


Assalamualaikum,

Em, akhirnya da entri ke-50 rupenye..

sO, entri baru, azam pun baru..hehe~~

mesti ade GOaL, AiM, TarGet and SoluTion..hohh^^

Insya-Allah..kite bertatih yeepp,step by step~

semoga entri kali ni bg manfaat kpd semua..

~~sampaikanlah walau satu ayat~~


Sambungan sedikit TazkiraH>>>


~Tolonglah saudaramu pasti Allah menolongmu~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Orang Islam itu adalah bersaudara bagi orang Islam yang lainnya. Kerana itu janganlah seorang Islam menganiaya saudaranya dan jangan membiarkan saudaranya tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. BArangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesame Islam, pasti Allah akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” >HR. Bukhari dan Muslim<


~Kemaafan adalah Kemuliaan~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Tidak akan berkurang harta kekayaan sebab disedekahkan dan Allah tidak menambah kepada seseorang yang memaafkan, kecuali kemuliaan. Tidaklah seseorang merendah diri kerana Allah, kecuali Allah akan menaikkan darjatnya.” >HR.Muslim<


~Hati yang kosong dari Al-Quran~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran di dalam hatinya, adalah seumpaaama rumah yang ditinggalkan kosong.” >Hadith Riwayat Al-Hakim<


~Bahaya Derhaka~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Tiga manusia tidak akan masuk syurga iaitu orang yang menderhaka kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya(dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” >H.R Nasa’I, Bazzar, dan Al-Hakim<



Akhir kalam kueh^^

“ Kalau menjadi manusia,

JANGANLAH MenJaDi maNusiA biAsA,

LonGgar jiwAnya,

raPuh ImannYa,

SemPit MinDanYa,

JADILAH maNuSia LuarBiaSA,

GAh jiwanYa,

KenTAl Imannya,

TerTib SolatnYA,

Dan

FasiH QuRAnnYa.”

-Insya-Allah-


*orait, (“,)y

~perjalanan sufi~
::moga RedHa Allah bersama kita::


.Pen Off.wassalam.

SURAH AL-MULK~


FADILAT SURAH;

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.
(Riwayat Imam Ahmad)


Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)


Maksudnya:
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)


Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh kebajikan.


Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk.
(Riwayat al-Tabarani)


Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu:
Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini
adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.




*SuBhanAllah!!!
rupa2 nya bnyak hikmah disebalik setiap ayat cinta dari Allah~~
semoga dapat menghayati bait2 ayat dan amalkan dlm hidup..

ingatan utk diriku dan diri antum semua....
renung2kan dan selamat beramal^^~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...