Monday, October 11, 2010

sekian lama~

salam alaik wt suma...
ase nye sudah lame xupdate ni...bz ngan esgmen kot...huhu~

xsey ckp byk la leni...juz nak share infomation jew..lalalalala~

wat renungan wanita, khususnyer.. *_~.

.6 Pesanan Rasulullah SAW kepada Muslimah

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

1) SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MUHRIM UNTUK SOLAT DI MANA AZAN DILAUNGKAN.

~ Wanita hendaklah solat d awal waktu kerana risaukan 3 perkara iaitu:

i . Ajal yang datang tanpa di sangka-sangka.
ii . Datang haid yang tidak dijangka waktunya.
iii. Kedatangan tetamu ke rumah.

*Sebenarnya, sebaik-baik tempat solat bg wanita adalah
dirumahnya sendiri.

2) ISTIQAMAH MEMBACA QURAN & ZIKIR.

a.Al-Quran

~ Sabda Nabi Muhammad saw..
"Tetaplah kamu membaca Al-Quran kerana ia adalah NUR untuk kehidupan & bekalan untuk hari akhirat.Ia merupakan kekasih di dalam kubur & pemberi syafaat di akhirat kelak."

~ Hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerana kita wajib mengkhatam Al-Quran 2 tahun sekali..Ia juga merupakan hak Al-Quran..Dikatakan jika kita ingin menghabiskan bacaan kita, kita hendaklah membaca 4 muka @ 2 helai sehari.

~ Ajarkan Al-Quran kepada anak-anak dan membiasakan mereka membacanya setiap hari, & jadikan salah seorang daripada anak kita hafaz Al-Quran.

b.Zikir

~ Kita hendaklah istiqamah mengingati Allah SWT tidak kira dalam apa jua keadaan, dan hendaklah berzikir sebanyak yang mungkin seolah2 kita melihat Allah & Allah melihat kita.

~ Kita kena berusaha untuk habiskan zikir 300x pagi & 300x petang iaitu slepas waktu Subuh & Asar.


3)ISTIQAMAH MENGADAKAN MAJLIS TA'LIM TA'LUM.

~ Merupakan 1 proses blajar & mengajar.

~ Hidupkan majlis ta'lim & ta'lum d rumah secara istiqamah kerana ia akan mendatangkan kesan yg baik pada diri kita.

~ Majlis ini dihadiri oleh para malaikat & ia merupakan sunnah Rasullullah SAW.

~ Fadhilatnya :

i. Rumah yang istiqamah mengadakn majlis ini akan bercahaya seperti bintang-bintang bagi penduduk langit.
ii. Allah akan turunkan sakinah & keberkatan serta rahmatnya dalam rumahtangga kita.
iii. Syaitan-syaitan akan keluar & para malaikat akan sentiasa melindungi kita.

4) MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM.

~ Kita kena pastikan supaya kita wujudkan suasana madrasah dalam rumah kita untuk kita dapatkan suasana iman & amal, supaya senang untuk kita didik anak-anak kita.

~
Dekatkanlah anak-anak kita dengan kisah-kisah para sahabat supaya akhlak mereka seperti sahabat-sahabiah dahulu.

~ Ajarkan mereka
juga d0a-d0a masnun & supaya mereka yakin dengan Allah SWT, dan terapkan sunnah-sunnah Rasullullah SAW dalam kehidupan mereka.

~ Didiklah anakmu dengan 3 perkara iaitu, Cinta kepada Allah SWT dan nabi mereka,Cinta kepada ahli keluarga dan membaca Al-Quran.

5) HIDUP BERSEDERHANA.

~ Hiduplah secara bersederhana, ikut kemampuan, xperlu kepada kebendaan~.

~ Luangkan masa untuk melakukan banyak amal ibadah.

~ Lihat orang yg lebih miskin supaya kita akan merasa syukur dengan kurniaan Allah SWT.

6) MENGGALAKKAN MUHRIM BERMUJAHADAH.

~ Galakkan
suami@b.. untuk keluar berdakwah untuk menegakkan agama Allah supaya iman & amal dapat wujud dalam rumahtangga kita...

renung2kan..fikir2kan...dan...slmt beramal.....~_*.


pen offf.

tada~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...