Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
wbt,
Harap
sahabat semua di rahmati Allah InsyaAllah~~
Serasanya dah lama xupdate blog ni.
Bukan
ketiadaan masa utk update, tapi bz ‘bekerja’ cari masa. Hehe. Tambahan pula,
blog sy dah bertukar ‘wajah’.
Em, Musim2
cuti sekolah, maklumlah..mcm2 programnya..ada orang sibuk adakan kelas tuisyen,
ada pula yang bekerja sbg pam atendan di stesyen minyak, cashier di pasaraya,
ada yang ambil lesen kereta, malahan ada juga yang bisnes secara online..:)
Berniaga??
Semua
orang tahu apa itu bisnes..kan.. Tapi tak semestinya semua orang akan berminat dengan
bisnes.. so, tajuk entri kali ni berbeza dengan bisnes online iaitu bErNiaGa~~
Ayah
sy telah lama mengusahakan perniagaan makanan iaitu ‘Char koay Tiaw dan Laksa’.
Rasanya masuk tahun ni dah 5 tahun kami berniaga. Berniaga kecil-kecilan, mana tahu nanti wujud pula restoran besar..(mudah-mudahan..). Berniaga makanan
ni banyak cabarannya. Sayur-sayuran
mesti segar, halal dan makanan pulak mesti umph+sedap! Air bancuhan pulak mesti manis sampai boleh dpt kencing
manis..haha:P
Anggota perniagaan
Biasanya
ayah saya akan ‘menggaji’ orang yang dekat dengan dia, tak kira lah sama ada
jiran ataupon kenalan abah atau mak sendiri. Senang nak bekerjasama katanya. Tapi
setakat ni perniagaan ni di monopoli oleh kami adik beradik. Musim cuti ni byk
lah ‘pembantu x bergaji’..naik sekolah tahun depan, semua akan balik semula. Yang
duk asrama gi asrama, yang duk maktab balik maktab, yang duk Mlaka pun pi balik
belajaq..huhu..kerja kat sini ada yang tukang ambik order, hantar pesanan
pelanggan, basuh pinggan dan sebagainya. Abah jadi tukang masak, mak jadi
tukang buat ayaq/air.
^di majlis rumaH terbuka IPD Taiping^
Masa perniagaan
Selalunya
kami menjalankan perniagaan selepas sembahyang magrib sampai pukul 11.30 malam.
So sebanyak manapon tempahan, abah akan masak lepas magrib. Situasi perniagaan
memang akan berubah setiap hari. Hari ni
orang xramai datang, tapi tempahan bungkusan banyak. Dan ada juga hari-hari
yang memang orang akan ramai memenuhi meja yang ada.. (ada 9 meja semuanya..).
dan ada juga pelanggan yang selalu datang kat situ. Makanan kegemaran mereka
gamaknya..:) AlHamDulillaH, setakat ini,
orang tidak putus2 datang ke gerai kami. Kadang2 sampai tak cukup meja. Emm.
Nama
Dari
dulu sampai sekarang, memang abah tak buat banner or iklan mengenai lokasi
gerai kami. Selalunya pelanggan yang datang akan cakap camni :
“alaaa….kedai
kotiaw depan SinGer..”
“kedai
tepi jalan tu,,,sebelah restoran Tomyam..”
“ada
lori putih..ada meja beratur sepanjang jalan..”
Ayat
ni kebiasaannya dengar di bibir pelanggan. Ada juga yang tanya kenapa xletak
apa2 tanda di kedai.
(em,
kedai ni dah lama wujud.. tak ada ‘tanda’ apa2 pun orang akan tahu juga..)
HKF RIMBUN ENTREPRISE …tu
je tanda yang ada kat tepi lori.
Atau
nama komersialnya : Char kotiaw D’ Singer Corner (coz berada di depan SINGER)..
Kalau
hujan, kami akan letak semua meja kat bawah kedai Singer ni..(kedai peralatan
dapur termashur).
Harga
Sepinggan
cHaR Koay TiaW berharga RM3.00 manakala LAkSA pulak RM2.00. harga makanan
tertakluk kepada perubahan menu pelanggan. Ade yang xmau udang, ade yang tak
makan telur dan sebagainya. Manakala harga KOaY TiaW GoRenG dan Mee GoRenG
adalah sama iaitu RM3.00. Makanan itu saje yang mampu kami sediakan. Keistimewaan
masakan ini dimasak satu per satu pinggan..dan kuah kicap char koay tiaw dibancuh
oleh ayah saya sendiri... (mudah-mudahan hasrat nak komersialkan kuah kicap
ni tercapai..Amin~~) Harga minuman pula
mcm biasa kat kedai2 perniagaan yang lain..murah, berpatutan dan mampu dibayar.(kalau xdapat nak byr, tlg basuh pinggan pon xpe..hee~~)
Bazar & tempahan
Kalau
berniaga di bazaar Ramadhan yang lepas, kami hanya berniaga CHaR KOAy TIaW, KoAY
TiAw GoRENg, MeE gOReNG, LAKSA DAN MeE ReBuS. (Mee rebus hanya dijual waktu
bulan pose je..) bagi saya, Senang berniaga di bazar..malam2 boleh terawih dan
rehat. Hehe. Ayah saya juga menerima tempahan untuk rumah terbuka raya yang
lepas. Antaranya di rumah salah seorang Pegawai Polis IPD Taiping, jamuan untuk
rumah anak2 yatim sekitar Kamunting, jamuan untuk anggota Jabatan Agama Islam
Perak Daerah Taiping dan sebagainya.
Ringkas
Serasa
saya, cukuplah setakat itu bercerita mengenai perniagaan yang kami jalankan. Bukan
senang nak menguruskan pelanggan yang kadang2 tidak sabar terima pesanan
mereka. Huhu. Macam2 karenah pelanggan yang saya jumpa. Doakan semoga perniagaan
kami dapat diteruskan dengan maju. InsyaAllah! Sesiapa yang berhasrat nak
datang Taiping boleh lah singgah kat gerai kami. yang duk kat Taiping meh la merase..Hee. Kedatangan adalah aMat
dialu-alukan. Itu saja buat kali ini. Sekian.
p/s :
Maaf kalau ada link blog sahabat yang xde kat page saya. Nanti akan
saya update kemudian.