Di dalam negara jepun, terdapat sebuah sekolah yang terkenal dengan pencapaian akademik dan sahsiahnya. Ramai pelajar yang ingin memasuki sekolah itu untuk menyambung pelajaran disitu namun hanya yang benar-benar layak sahaja mampu melepasi halangan dan ujian untuk memasuki sekolah itu. Suatu hari, sekolah tersebut membuka sesi pendaftaran dan temuduga untuk memasuki sekolah itu. Ramai pelajar datang untuk mencuba nasib mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Berbagai-bagai situasi telah berlaku semasa sesi pendaftaran tersebut.
Pada
situasi pertama, seorang remaja datang menghadap pengetua sekolah tersebut.
Pengetua tersebut menyuruh remaja tersebut menceritakan tentang dirinya.
Apabila remaja tersebut memulakan cerita tentang dirinya, pengetua tersebut
juga mula menuangkan teh ke dalam cawan. Remaja tersebut bercerita tanpa henti
begitu juga pengetua tersebut tidak berhenti menuangkan teh kedalam cawan
sehingga melimpah keluar dari cawan dan terkena remaja tersebut. Remaja
tersebut menjerit kesakitan setelah terkena air teh yang panas. Setelah remaja
itu mengaduh sakit, barulah pengetua itu berhentu menuangkan teh. Lalu remaja
tersebut bertanya kepada pengetua kenapa menuangkan teh sehingga melimpah.
Lalu pengetua tersebut menjawab:’itulah kamu.
Terlalu asyik membanggakan diri hingga lupa akan kemampuan sebenar diri kamu.
Orang seperti kamu sudah tidak mampu lagi menerima apa-apa kerana sudah
merasakan diri kamu tahu dalam semua perkara dan akhirnya mampu membawa musibah
pada diri kamu sendiri’.
KESIMPULAN:
1.
Betulkan
niat dan sedar akan tujuan sebenar kita berada di sesuatu tempat.
2. bersedia
untuk menerima ilmu baru.
3. Jangan
berlagak sombong dan berbangga.
4. Kita
diberi kekuatan dan kelemahan tersendiri..sayangilah kelebihan dan cintailah kekurangan
^^.
^^, semoga dapat ambil iktibar, dan sampaikan ^^,
.....sekian....