Assalamualaikum w.b.t
Sahabat sahabiah yang dirahmati Allah,
Semoga kalian sihat walafiat selalu, Insya-Allah~~
Sedikit perkongsian buat semua..
Mengenai istilah : Maid=orang gaji
Paid=upah/gaji..
Ape kaitan tajuk kita hari ni ya??
KISAH
Saya bawakan satu kisah, iaitu kisah tiga orang gaji..
Orang gaji 1st : Baik+sangat rajin+tahu tanggungjawabnya sebagai orang gaji. Walaupun majikannya xde kat umah, dia TeTAp laksanakan tanggungjawabnya..dia tunaikan hak tuannya tanpa tuntut hak ke atas tuannya. Maid ni sangat rajin, apatah lagi dia tahu, majikannya akan naikkan gaji dia jika dia bertambah tambah rajin..(rajin sebab tanggungjawab)
Orang gaji 2nd : Sangat baik, rajin, tapi dia jadi rajin sebab dia takut majikannya xnaikkan gaji dia. (rajin bersebab gaji, takot majikan marah, kerja secara terpaksa)
Orang gaji 3rd : sangat rajin jugak, rajin atas sebab ganjaran majikan. Depan majikan rajin sangat, belakang majikan lain pula ceritanya. (em, talam dua muka..)
MANA SATU?
Antara 3 orang gaji mana lagi bagus agak2 nye??
Em, tentulah Orang gaji yang pertama..kerana apa??
Kerana Maid itu tahu ape tanggungjawab dia..ape tugas dia..nak berkhidmat pada tuannya, tanpa tuntut hak atas majikan itu..(ikhlas niat..). then, gaji itu diberi gaji atas dasar kerajinan dan titik peluh dia..berbaloi dengan usaha dia untuk jalankan tugas tersebut..berbeza dengan orang gaji kedua+ketiga, mengharapkan ganjaran dunia semata-mata tanpa menyedari hakikat kerja mereka di muka bumi ini.
KITA
Jadi, kita bagaimana pula?? Kita di tahap orang gaji yang mana??
Sahabat, tidak kiralah kita bekerja sebagai apa sekalipon,
Sedarkah kita dengan tanggungjawab kita di bumi Allah ini?..
Bukankah Allah jadikan manusia dan jin itu untuk beribadat kepada-Nya??
Subaha-Allah..
Berbalik kepada orang gaji pertama tadi, dia jalankan tugas dia kerana dia tahu, Allah akan memberi ganjaran yang lagi HEBAT kepada dia, bukan setakat mengharapkan gaji lebih dari majikan dia..malah, ganjaran di akhirat itu lebih utama :) samalah juga dengan orang yang beramal kerana Allah, dia takot renggang dengan Allah, Jadi, dia jadikan dunia ni satu perantaraan dia untuk ke akhirat..makna kata, segala amal kebajikan yang dia lakukan ini , menjadi asbab dia mudah utk masuk syurga. Insya-Allah.
Begitu jugak hubungan kita dengan ALLAH, bila kita tahu tujuan kita di muka bumi ini, kita akan ikhlaskan niat untuk terus beribadah kepada Allah..bukan ganjaran ‘maujud’ yang kita patut minta, tetapi, ganjaran ‘bukan maujud’, makna kate, pahala lah.. Pahala ni, kalau lah kita boleh Nampak, boleh lihat, tentu kita akan nak lakukan amal kebaikan lagi dan lagi. Tapi, hikmah Allah jadikan pahala tu xnampak adalah bersebab..
Cuba kita ibaratkan pahala itu seumpama emas yang boleh dipegang dan dinilai. Saya bagi contoh, si A banyak beribadat,beramal soleh, dan baik pula akhlaknya..(‘emas’ simpanan dia berganda, boleh jadi penuh satu rumah) tapi, si B ni..malas beribadat, dan xmahu berusaha nk dapatkan ‘emas’ itu tadi. Jadi, tentu si B akan iri hati dengan si A..maka, timbullah rasa ingin mencuri ‘emas2’ si A tadi..hikmah Allah jadikan pahala itu xnampak sebab DIA tahu, manusia ini akan saling iri hati kalau ganjaran itu dalam bentuk yang ‘maujud’ itu tadi. Maka manusia akan berlumba-lumba untuk emas itu, bukan kerana Allah, tapi kerana harta kekayaan. Ingat, segala harta benda kekayaan itu hanyalah DuNIA semata-mata. Kena manusia itu tidak akan puas dengan apa yang dianugerahkan..(ish…ishh..) Kalaulah kita kaya sekalipun, jika Allah tidak redha, kita yang susah hati..susah hati sebab nak jage harta, melainkan kalau harta itu diinfakkan ke jalan Allah..(lagi banyak pahalanya dan senang hati..).
AMBIL YANG BAIK, BUANG YANG BURUK
Kesimpulannya, kita kena sedar dan kena sentiasa berusaha dan terus berusaha untuk perbaiki amalan kita..kerana manusia itu bukan malaikat..manusia itu juga tidak sempurna, jadi, untuk sempurnakan amalan2 kita itu tadi, maka kita kena sentiasa UPDATE ibadat kita..bukan ibadah wajib je, tapi ibadah sunat pon kena seiring.
Nah! Apa yang dapat saya kata lagi?? Kita hanya merancang, tapi Allah yang berkuasa untuk menentukan kerana sebaik-baik perancangan adalah Allah..
Semoga apa yang saya coretkan ini, dapat kita sama-sama ambil ikhtibar, kita amalkan dan sampaikan pada orang lain. Insya-Allah.
Dan semoga apa yang saya tuliskan ini dapat kita sama-sama mengingati dan nasihat-menasihati antara satu sama lain.
Mudah-mudahan Allah redha:)
*p/s:
semoga aku terus diberi kekuatan utk thaBaT di jalan ini~_~""aammmeeenn~~