Saturday, February 26, 2011

latar belakang seorang sufi^^



Assalamualaikum sahabat2…

Semoga berada dalam jagaan Allah Taala hendaknya..

Sedikit perkongsian mengenai ahli sufi..

sesuai dengan ‘Header’ belog ni..huhu~~

cukuplah sekadar mengetahui sekiranya xmampu mencontohi…J


Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Ini kerana, memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar.

Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama.

Malah, Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”.

Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian. Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut.

Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.




Ya rabb….

Mampukah aku menjadi seorang sufi??

Gah nya menegakkan agama,

Syahidnya dengan ilmu,

Sufi…….

Tidak mementingkan hal keduniaan

Tetapi keredhaan menjadi tujuan utama kehidupan,

Hidup dalam kefakiran,

Tetapi kaya dengan pengetahuan,

Ya Rabb..

Aku mengharapkan keredhaan-Mu..

Bantulah aku ke jalan yang benar..

Jalan yang menuju haqqulyakin~~

Kerana dengan jalan itu,

Aku akan bahagia~~

Fiddunnia wal akhirah..Insya-Allah^^

-yang mengharapkan keredhaan-Mu-



*salam jihad di angin lalu^^*

berjuAng dAn terUUss BerJuAng!!!ila mardotillah~~

Illaliqa’J


Friday, February 18, 2011

Kisah kandar dengan bekas yang bocor~

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan inayah-Nya dapat juga kita bertemu pada entri kali ini.


Hari ini saya nak berkongsi sebuah cerita. Boleh dikatakan cerita ini sebagai teladan dan pengajaran yang mana ia mungkin berlaku di persekitaran hidup kita cuma kita je yang tidak perasan.


Alkisah seorang hamba Allah yang kejenye selalu mengangkut air dengan menggunakan kandar . Kandar ni sejenis alat ngangkut air zaman dolu2, gune kayu panjang kemudian letak kayu kat bahu, dan kedua-dua hujung kayu tu ade bekas air mcm baldi..), jadi, dia angkut air dari telaga di bukit yang tinggi sampai lah ke rumah tuannya. Perjalannya jauh sehinggakan air yang dia angkut tu tinggal separuh je sebabnya waktu dia bawak kandar, air dalam bekas tersebut mcm terumbang-ambing g2..

(salah satu jenis kandar)

Sampailah satu hari tu, bekas air kandar dia bocor..(satu bocor, satu lagi elok)..jadi, dia xdapatlah angkut air dengan banyak. Dia berasa sedih, sebab xdapat nak ngangkut air dengan baik kn..mcm berat sebelah g2..sampai2 je umah, air kat bekas bocor pon tinggal sedikit je, manakala air dalam bekas yang tidak bocor dan cantik itu dapat mengangkut dengan baik dan memberi manfaat untuk kegunaan harian mereka.


Lalu, dia pon mengadu kat tuannya, then tuan dia cakap ; “ aku tahu bekas air di kandar kamu tu bocor, oleh itu, aku telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan yang kamu lalui.” Hasilnya, bunga2 tu dapat hidup dengan subur, disebabkan air dari bekas yang bocor itu. Hamba Allah ini lega kerana dia dapat melihat tuannya gembira melihat bunga2 yang subur di halaman rumahnya.


Jadi, apa yang saya nak simpulkan disini ialah, berkenaan dengan bekas air kandar tersebut. Masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kalau kita bayangkan, hanya sedikit je air yang dapat diangkut oleh bekas yang bocor. Tapi hikmah disebalik bekas itu ialah ia dapat menyuburkan tanaman biji benih bunga sehinggakan orang lain pon akan gembira melihatnya.


Kisah ini samalah macam kitaran hidup kita. Kerana apa?? Kerana mungkin ada dalam kalangan kawan2 kita yang macam bekas bocor tu, maksudnya kat sini walaupun dia ade kekurangan, tetapi, akan ade kelebihan lain yang dapat memberi manfaat pada orang lain jugak. Manakala bekas yang cantik pulak, janganlah bersikap sombong dan bongkak kerana kelebihannya. Kerana semua manusia itu TIDAK sempurna. Maka, kite kene terima kekurangan dan kelebihan seseorang. Jangan disebabkan kita nampak kekurangan dia, kita menjauhkan diri daripadanya dan memeandang rendah kepadanya. Patutnya, kita bimbing dia supaya dia dapat bagi manfaat pada kita, dan kita dapat bagi manfaat kepada dia. ( Inna likulli shai-in hikmah )


Jadi, setakat itu sajalah perkongsian saya. Moga2 kita saling mengingati antara satu sama lain dan menyeru kearah kebaikan serta memberi manfaat kepada orang lain walaupun sedikit. Insya-AllahJ


Semoga bertemu lagi.

Ilalliqa^^

Sunday, February 13, 2011

entri ke~50^^


Assalamualaikum,

Em, akhirnya da entri ke-50 rupenye..

sO, entri baru, azam pun baru..hehe~~

mesti ade GOaL, AiM, TarGet and SoluTion..hohh^^

Insya-Allah..kite bertatih yeepp,step by step~

semoga entri kali ni bg manfaat kpd semua..

~~sampaikanlah walau satu ayat~~


Sambungan sedikit TazkiraH>>>


~Tolonglah saudaramu pasti Allah menolongmu~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Orang Islam itu adalah bersaudara bagi orang Islam yang lainnya. Kerana itu janganlah seorang Islam menganiaya saudaranya dan jangan membiarkan saudaranya tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. BArangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesame Islam, pasti Allah akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” >HR. Bukhari dan Muslim<


~Kemaafan adalah Kemuliaan~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Tidak akan berkurang harta kekayaan sebab disedekahkan dan Allah tidak menambah kepada seseorang yang memaafkan, kecuali kemuliaan. Tidaklah seseorang merendah diri kerana Allah, kecuali Allah akan menaikkan darjatnya.” >HR.Muslim<


~Hati yang kosong dari Al-Quran~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran di dalam hatinya, adalah seumpaaama rumah yang ditinggalkan kosong.” >Hadith Riwayat Al-Hakim<


~Bahaya Derhaka~

RASULULLAH SAW bersabda :

“Tiga manusia tidak akan masuk syurga iaitu orang yang menderhaka kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya(dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” >H.R Nasa’I, Bazzar, dan Al-Hakim<



Akhir kalam kueh^^

“ Kalau menjadi manusia,

JANGANLAH MenJaDi maNusiA biAsA,

LonGgar jiwAnya,

raPuh ImannYa,

SemPit MinDanYa,

JADILAH maNuSia LuarBiaSA,

GAh jiwanYa,

KenTAl Imannya,

TerTib SolatnYA,

Dan

FasiH QuRAnnYa.”

-Insya-Allah-


*orait, (“,)y

~perjalanan sufi~
::moga RedHa Allah bersama kita::


.Pen Off.wassalam.

SURAH AL-MULK~


FADILAT SURAH;

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.
(Riwayat Imam Ahmad)


Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tibatiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)


Maksudnya:
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)


Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh kebajikan.


Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-mulk.
(Riwayat al-Tabarani)


Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu:
Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini
adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.




*SuBhanAllah!!!
rupa2 nya bnyak hikmah disebalik setiap ayat cinta dari Allah~~
semoga dapat menghayati bait2 ayat dan amalkan dlm hidup..

ingatan utk diriku dan diri antum semua....
renung2kan dan selamat beramal^^~

Friday, February 11, 2011

sedikit tazkirah^^

Assalamualaikum semua…

Disini sy nak menyebarkan seruan kearah kebaikan..(“,) em..

Sama2 kita menginsafi kekurangan diri kita serta memperbanyakkan berSELAWAT ke atas NAbi. (tambah2 ari nie hari Jumaat~~besar ganjarannya:))

Insya-Allah…moga2 kita istiqamah dari sekecil-kecil sunnah kepada sebesar2 SuNNah:)



Tazkirah pertama,

ANTARA ORANG YANG DIDOA PARA MALAIKAT :

~Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

~Orang yang berinfak (org yg memberi harta di jalan Allah)

~Orang yang sedang makan pada waktu sahur.

~Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

~Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.



Tazkirah kedua:

7 ORANG LAKI YANG BAKAL MENDAPAT NAUNGAN ALLAH PADA HARI AKHIRAT KELAK:

1. imam yang adil (adilkah’ imam muda’??hehe..)

2. pemuda yang berkembang dalam ibadah kepada Allah (semakin bertambah amalannya)

3. lelaki yang hatinya sentiasa tersangkut di masjid. (susah nak cari laki cam ni skang…~)

4. Dua orang lelaki yang berkasih-kasihan pada jalan Allah.

5. lelaki yang mengingati Allah di tempat sunyi,bergenang air mata keinsafannya. (Alhamdulillah!!zikrullah~~)

6. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan cantik lalu dia menolak dan menjawab”Aku takut kepada Allah!”

7. Lelaki yang bersedekah lalu menyembunyikannya-->tangan kirinya xmengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kananya----.



TAzkirah ketiga :

“ Tiap2 bani Adam itu membuat kesalahan, tetapi sebaik2 orang yang banyak berbuat kesalahan ialah orang yang banyak BERTAUBAT”.

_HAdith Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah_


*semoga ape yang saya nak sampaikan ini dapat mengingatkan diri saya (yang serba kekurangan ni…) dan diri orang lain juga..Insya-Allah ~~

Semoga semua amaln kalian diterima oleh-NyaJ~~amiiin~~



“Orang yang sebenarnya BeraNi ialah mereka yang Xlekas pataH haTi, TETApi BerTaHAn dengan menghadapi setiap duGaan dan cabaRAn”.

SEkian(~_~””).

PeRiNG@T@N Bu@T Y@Ng LuP@~~

(doa senjata orang mukmin)

Barangsiapa yang menjaga percakapannya,

Dianugerahkan kepadanya HIKMAH.

Barangsiapa yang menjaga penglihatannya,

Dianugerahkan kepadanya HATI YANG KHUSYUK.

Barangsiapa yang menjaga makanannya,

Dianugerahkan KELAZATAN DALAM IBADAH.

Barangsiapa yang bersabar atas ujian yang bersangatan,

lalu disempurnakan sabarnya,

Allah akan memasukkannya ke dalam SYURGA yang mana dia suka.

Barangsiapa yang menjaga ketawa,

Dianugerahkan kepadanya HEBAT.

Barangsiapa yang menjaga daripada bergurau,

Dianugerahkan kepadanya KEMULIAAN.

Barangsiapa yang tinggalkan cinta dunia,

Dianugerahkan kepadanya CINTA AKHIRAT.

Barangsiapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan orang lain,

Dianugerahkan kepadanya DAPAT MELIHAT KESALAHAN SENDIRI.

Barangsiapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah,

Dianugerahkan kepadanya PELEPASAN DARI ‘NIFAQ’.

_Umar Al-Khattab_


*semoga bermanfaat buat sahabat2 blogger.

Thursday, February 10, 2011

zuha^^


Assalamualaikum semua~~

_k r I s I s M e s I r_

Beberapa hari sebelum balik M’Sia…


Ku: salam~~zuha!!!ko kat ne…ko cmne???cht ke x???

Zuha: wslm..ye ku…ak okey…nape ni..

(huh~sy bajet dier risau ngn keadaan kat Kaherah tu..)

Ku: betoi ke ko okeng ni????(cam xcaye..)weit..ble nak blik m’sia..???

Zuha: ak pon xtaw lg la ku…ni pon duk ade kat Jeddah…

Ku: ye????ko watpe kat sane??asal xbalik je tros???

Zuha: yelah..nag 2gu nak balik m’sia la ni..

ku..support wit tuk aku balik m’sia..ngeh33:P

Ku : aiii…cam taw2 je aka de wit skang..hahaha…

(slumbe je die ni mx wit kat ak:P)

Zuha: hahaha…xdela…tgk la cm ne nanti..

keadn pon xtrkwal ag ni…sesak la org kt cni…ramai..

Ku: zuha…cpt la balik!!ble ko nak dtg lipis??

t lawat ak tw..hahahJ

Zuha : amboi…ak pon xtaw ag sampai m’sia bile…

Ku : keh33:P saje je guro…..t balik gtw ak tw


Tuttt…tut…tut…

Ku: helooo???helo???zuha!!!!!!

(sy da cemas da…nape nih??tetibe je putus…)

.

.

.

Upenye….

.

.

Kedit I habis daaa!!!hahaha:P hape daaa~


Ku: helo…zuha!!ak da xde kedit da ni…ckp cpt2..taw

.jage diri baik2..ak doakan ko…

Zuha : oke2 ku…asif ala kulli hal...ku!!tolong topup kat ak…

(ku : amboi….byk cntik die…suh ak topup..heheheJ)

Zuha : ku!!ko suh mak ak call ak bleh…taw…

Ku : oke2~ko jage dirik baik2 taw!Insyaallah~~k2, syg koJ

Zuha: wassalam.


Itulah hasil perbualan yang sekejap sgt sy ngan zuha…

Sy tepon pakai no.mesir die..memg la cpt abeh pitehh..heh~

Emm..die still cam dulu..tp mgkin mkin matured da..ngeh33

Da pandai ckp arab g2..huhu~

Krisis Mesir..tup2..ade rusuhan..

Dunia oh dunia..~~ape da jadik..isk33



Beberapa hari slps tu..


Kkriingg……….

(ade org call, time tu ngah blaja lm cls..tekejut beb..

xpenah2 ade cl time studi ..)

Ku: helo assalamualaikum…zuha!!ak ade cls ni..

t call I balik.tw!

Zuha : wslm..yeke ku..k2..xpe2..


Then,

Zuha tepon sy balik…tgk2 die cakap die da smpai M’sia…

Alhamdulillah~_~’’.selamat~~

Die citer pngalaman dier kat sane…emm..

sempat la die ziarah Jeddah tu slame 3 hari..

Tu pon smentare bantuan kapak tebang nak bwk diorng balik…

Die cakap..ramai sgt orang wak2 tu…berebut nak balik…uruskan passport lagik..

Adoooiiilaaa..~~

Zuha, ade bwk balik pape x kat ak??zuha ckp xde…xsempat…

Balik pon kelam kabut…(nseb baik tmbang free..hee)

Uish…

law ak da nanges da kot kat sne..hahahah…

Yelah…berhadapan ngan keta kebal kuar masuk..

Pengawal sane sini..tido pon xtntram..

Line pon terganggu…

Bunyik tembakan laa…isk2..astagfirullahh~~

Then ade Perintah berkurung ..(coz takut terncam)

Zuha ckp suasana tu cm kt palestin g2..

Ngeh33….

Em, pengalaman katenye, duk kt mesir..

And sy harap skang mesir da reda skit kot…

Insyaallah~~hope xpyh la pnjg2 n lame..

Sian diorang nak smbung stdi..:)hee.

And sy harap kawan2 skola lame yang kat mesir tu pon slamat balik..

Mudah2an~~

(raja, kak ahh, fiqah, raihana, dan sume laa..sy pon xbape engat da..asiifffJ)

K laa..tu jew nak citer..

C u all nex n3..

Assalam~~

zuha wak2 zaman skola~~

*zuha, law ko bace entri ni..sila mesej I tw!huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...