Sunday, August 29, 2010
4 Golongan lelaki ditarik wanita.
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap. Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..." Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S. W. T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W. T berikan pada kita......:)
Saturday, August 14, 2010
RAMADHAN KAREEM.....:)
KISAH TUKANG KAYU
hari ni hari ke4 kita berpuase...alhamdulillah...n di kesematan ini juga sy ingin berkongsi sebuah cerita..~dan pasti temanya tidak lari daripada perssiapan amalan di bulan Ramadan yang kita hadapi...
Kisahnya sy ringkaskan cmni.
Di sebuah negeri, terdapat seorang tukang kayu yang sangat mahir membina rumah. Beliau cukup terkenal dengan ketelitian dan kecantikan setiap daripada hasil kerjanya. Hinggalah suatu hari, beliau mengambil keputusan untuk bersara.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara.
Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu tersebut bersetuju, namun akibat sudah jemu dan bosan dengan kerjanya sebagai tukang kayu beliau menyiapkan rumah tersebut dengan sambil lewa dan menggunakan bahan yang rendah kualitinya.
"Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara.."
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Dia tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri.
AHLAN WASAHLAN RAMADAN
Cuba kita renung sejenak dan kaitkan kisah tukang kayu tadi dengan Ramadan yang insyaAllah bakal kita temui. Pengajarannya mudah, jangan bersikap seperti kisah tukang kayu tadi yang menyediakan hadiah untuk dirinya dengan sambil lewa dan menggunakan bahan dari barangan yang tidak berkualiti.
Bayangkan ramadan kali ini seperti rumah terakhir yang perlu disiapkan oleh tukang kayu dalam kisah tadi.
Dan cuba bayangkan andai ini adalah ramadan kita yang terakhir.
Sesungguhnya amalan yang kita bakal persembahkan untuk Allah sepanjang menjalani ibadah di bulan yang penuh kemuliaan ini, natijahnya adalah untuk diri kita sendiri.
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Surah al-Baqarah: 183
Moga-moga amalan kita diterima Allah swt.aamiiiin~
Dan paling penting semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari sebelumnie..
“Allaahumma baarik lana fii rajaba wa sya’baana, wa ballighna ramadhaan”.
“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”