Saturday, May 19, 2012

Mahabbah Li Rasulillah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T,
selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


Alhamdulillah.
usai sudah menjawab 2 paper imtihan semester. masih berbaki 3 paper lagi.
moga Allah permudahkan!InsyaAllah. 
-->> buat sahabat2 ku..
rajin2 buka buku ya (jgn rajin buka muka buku..) hehe :p

 ~ berusaha pasti akan berjaya! ~ 
kOnGsi 


baru2 ini, ada tayangan mengenai besarnya cinta Rasulullah pada umat.
saya tersentuh bila tgk tayangan itu,
serta merta memberi tazirah pada diri sendiri,
apakah benar saya dan anda semua sudah betul2 cinta pada RAsulullah,
dan amalkan sunnah Baginda.
Allah..
jangan kata sunnah, selawat ke atas Nabi pon tah brapa byk lah sangat kita dapat buat.
kan?
Astagfirullah..


So,
kesan daripada tayangan tu, saya wujudkan entri ni..
bertujuan untuk kongsi pada semua, 
betapa ruginya kita jika tidak dapat merasai kemanisan iman.


LiRik NasYiD


NAsyid ni sebenarnya mengajak kita hitung dan islahkan diri.
juga mengetengahkan pengorbanan Nabi kita dalam menyampaikan risalah agama.
wa ghairu zalik, nasyid ni di munsyidkan oleh Nazrey Johani (x-kumpulan RAihan)


Sungguh! nasyid ni dapat menyentuh qalbu~~
xpercaya ?
ce dengar dan hayati.


WaHai KeKasiH by Nazrey Johani :-
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggikan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu menawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kitakan bersua

kami merinduimu Ya Habibullah....


p/s : 
Moga2 Rasulullah kenal kita di akhirat kelak sebagai umatnya.
InsyaAllah. Selamat mengamalkan sunnah. biarpun sedikit, asalkan sentiasa istiqamah ^-~'

Sunday, May 6, 2012

' GeNta RaSa '

*sekadar meluahkan 'rasa' *
hehe :P 



kita tidak akan dapat menjangka..

saat kita menempuhi onak duri
derita kadang kala mencuit hati
hati remuk menangis tak henti
kesedihan terus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi..

kita menangis..
terus menangis..
kita terharu..
bercelaru...

Duhai hamba ilahi..

begitulah kehidupan di dunia
kerna hidup ini hanya ilusi semata..
Apa yang kita harapkan belum tentu kita dapat laksanakan..
boleh jadi kejayaan..boleh jadi juga kegagalan..

Apa yang Allah aturkan buat kita..
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa
tersangat tidak suka..
pabila aturanNya bukan pilihan kita..

Apa pun situasi yang mengundang jiwa..
Percayalah !
kerna Allah itu tuhan kita..

Tuhan yang Maha luas kasih sayang-NYa..
DIA tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum disana...
tertawa di sana..
berbahagia di sana..
InsyaAllah di syurga sana..

Duhai yang bergelar hamba..


usah bersedih.. 
kerana
kesedihan demi kesedihan..
menjadikan air yang manis terasa sangat pahit..
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar kembali layu..

air mata mengalir hangat di pipi lantaran 
terasa diri begitu kerdil disisi MAha Esa..
hanya kerana mahu menjaga hati manusia..
kita lupa menjaga Allah yang selalu bersama kita..
begitu berdosanya kita pada Dia yang Maha Pencipta..


Duhai hamba..

islahkan dirimu.. 
dan teguhkan pendirianmu...
sepanjang hidup dan usiamu 
jangan mudah berputus asa..
dan air mata yang kau titiskan ..
simpanlah ia...
jadikan tauladan untuk terus melangkah kehadapan.

benar..
segalanya tidak mungkin diundur kembali..
tapi segalanya boleh diusahakan lagi..
terus berjuang dan melangkah dengan pasti!


be positive!
" you don't know everything but Allah knows everything"
Don't Be sad..
Allah always be with u..:)



"-_-  mencari kekuatan yang sirna -_-"


p/s : Moga ada pengakhiran yang terbaik buat kita.InsyaAllah!
salam tahajjud cinta untuk-NYa :)


Friday, May 4, 2012

Akhlak Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam ku ucap buat Rasul junjungan, para sahabat dan keluarga baginda.

Alhamdulillah.
hari ni saya nk buat satu perkongsian tentang akhlak Nabi Muhammad SAW.
(ni hasil saya dapat daripada usrah tadi..^_~, )
mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ni, dapat dijadikan saham saya di akhirat kelak.
InsyaAllah.


1. Memuliakan orang bukan ISlam.

Tersebut satu kisah, seorang wanita yahudi menghulurkan sebiji buah limau kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi menerima limau tersebut dengan berlapang dada. menerima dengan penuh kesyukuran. baginda kemudian memakan limau tersebut satu persatu sambil tersenyum-senyum. para sahabat berasa hairan. 
kebiasaannya Nabi SAW akan berkongsi makanan dengan mereka, tetapi tidak untuk kali ini. 

sahabat kemudian bertanya kepada nabi dan baginda menjawab : "limau itu terlalu masam. aku tidak menghulurkan limau tersebut kepada kamu semua kerana ditakuti kamu akan mengejek serta menghina wanita tersebut. aku tahu wanita tersebut mahu mengenakan aku, tetapi kerana ingin menghormati pemberiannya, aku makan limau tersebut tanpa menghulurkannya kepada kamu".

Pengajaran :- Sifat SaBar Rasulullah membuka ruang dan peluang kepada sifat2 yang lain :)
 

2. Tidak melaungkan suara dengan kuat 

Rasulullah bercakap dengan sahabat dengan suara yang lembut dan tidak meninggi-ninggikan suara. Disebabkan itu, Rasulullah menegah para peniaga untuk melaung-laungkan barang dagangan dengan suara yang kuat. Cth : "beli! beli! ni barang baik!! mari2! "  Dikuatiri, perkataan itu akan menjadi ucapan kita di akhir kalam nanti. nauzubillah!

Pengajaran :- Berpada-pada dalam berkata-kata. Boleh jadi perkataan itu menyebabkan kemurkaan Allah. Nauzubillah!


3. Menghargai orang lain

Ada seorang hamba bernama si fulan sangat rajin membersihkan masjid, dan sangat sayang kepada Nabi. sehinggalah pada suatu hari, si fulan tersebut tidak lagi membersihkan masjid. Nabi bertanyakan di mana orang yang selalu membersihkan masjid ini? lalu ada dalam kalangan sahabat mengatakan bahawa si fulan tersebut telah meninggal dunia. Kerana menghargai keprihatinan si fulan terhadap nabi, maka baginda segera solat jenazah ghaib kepada fulan tersebut.

Pengajaran :- Menghargai orang lain tidak semestinya memberikan 'hadiah' atau barang maujud. boleh jadi 'hadiah' yang kita tidak nampak spt doa, solat dsbnya lebih bermakna di sisi Allah :)


Jika kita lihat sebenarnya banyak lagi akhlak Rasulullah yang kita boleh contohi. kan~~
Dan sesungguhnya semua akhlak Rasulullah kan mulia2. 
" Innama bu'isstu limakarimal akhlak"

jum2 ! contohilah akhlak baginda. kita tidak akan rugi.
percayalah! hehe:)

Wallahua'lam ^-~


Alhamdulillah. 
Usai sudah perkongsian saya kali ini.
sebarang penambahan dan perkongsian ilmu amat saya alu-alukan.
dan sebarang teguran juga membuka minda saya untuk lebih peka pada masa akan datang.




^-^ Belajar dan terus belajar mengenal Allah dan RasulNya^-^
 

Tuesday, May 1, 2012

pesta ilmiah 2 0 1 2


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt semua..
selawat dan salam ku ucap buat Nabi junjungan, keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah!
Allah beri keizinan buat saya dan RuMaH TuA untuk ke pesta buku 2012 kali ni ^-^y~~
(walaupun terpaksa meredah kabus pagi dan kelebatan hujan di petang hari..hehe)

Perjalanan kami bermula seawal subuh..
dan sampai dalam area pukul 9.30 pagi.
ehem! maklumlah perasaan ingin ke pesta buku membuak-buak walaupun bersih 3.0 still diadakan lagi..
(tapi kami dimaklumkan keadaan di PwTc alhamdulillah lancar ye~~)
Allah permudahkan jalan kita kan iqa~~
sampaikan kat LRT pon orang duk bratur panjang beli 'token', 
kita duk tengah kira duit syiling sebab mesin tu je yang blh trima wang syiling..haha
mesin2 yang ramai org tunggu semua guna wang kertas n syiling..
disebabkan nk kejar masa tu, so kena lah jugak cari duit syiling..haha
* jenuh jugak nak mengorek duit syiling tu..heheh:P


surur wa farh (seronok dan gumbira)!

sebab secara live saya dapat jumpa dgn Ust.AzHaR IdrUs! hee..
Allah~~sungguh tenang rasa jiwa tgk orang2 yang Allah pelihara utk menegakkan agama~_~.

 ~ UAI ~


best!

saya dapat beli macam2 buku ilmiah..
(walaupun bajet duit sedikit lari yep..)
cth kitab : fatwa iman dan adab, fadhilat amal, novel, ana muslimah dsbnya.
dan saya harap saya boleh menghabiskan buku2 tersebut..InsyaAllah..
alang2 membeli, biar habis membaca..ewah^-~
sayang lah buku2 tu kalau xbace kan..

saya juga terrr jumpa kawan2 saya (ummu dan zati)  :p amboih....bukan main lagi seronaknye..
siap amik autograf penulis dan bergambar lagi..
macam2 gelagat la kawan2..(mungkin sbb 1st time pegi??
hee gurau2..)
tapi pe2 pon, korang mesti puas hati sbb dapat perabih vocer buku kat sana..
kan~~~
saya juga jumpa teman lama saya..(kat ta'yah dulu) Nadia Ulfa namanya..
tapi kejap jela nyembangnye...tgh sesak kan~~huhu



~bermulalah satu pengembaraan ilmu..hueh3~


cinta high class? 
- pinjam tajuk muka depan novel Fatimah Syarha...hehe

petang tadi saya dengar muzakarah dari kak atin..
sungguh tersentuh.
bercakap dan menyebarkan kebesaran Allah..
Allahu Akbar! 
ni antara tazkirah yang saya ingat :
" kadang2 kita xsedar  kita bertuhankan duit apabila kita cakap : kalau xdak duit, aku xblh makan..
walhal..duit dan rezki itu datang dari Allah. semua baik dan buruk itu datangnya daripada Allah jua..".

*segala perkara yang kita lakukan hendaklah kerana Allah SWT, 
itu barulah dinamakan k.e.i.k.h.l.a.s.a.n :)

ya!saya nak cinta high class dgn Allah!
jom kita sama2 suburkan rasa cinta pada DIA,
Al-Khaliq kau dan akuuu..:)



~~ senyuuumm...xperlu kata apa2 :-) ~~



bahagia.

bahagia rasa dapat pergi bookfair kali ni..
meskipun berpusu-pusu orang pegi n balik, Alhamdulillah~~
segala perjalanan lancar^-~ seperti yang dirancang..
kepada kawan2 yang xgi lagik bookair, jom2 pi..(sempat lagi nih..)
xrugi punye lah!!


.seKiaN.



p/s : buatmu iqa~~ saya suka pergi bookfair dgn awak sebab awak tlg "jage" saya..kih3..:P
tahun depan blh g lagik..amik signnnn ..huhu:D
InsyaAllah..mudah2 panjang umur dan luas rezki :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...