Wednesday, October 31, 2012

PerCaYa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah bagi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini, 
Walaupun dalam kesibukan untuk menghadapi peperiksaan esok dan akan datang.
Dek rindu pada blog, saya gagah juga post entri. Hehe.
(bia la xdek orang bace pon :P haha)

Buat adik2 kumpulan akak kat Syurga Hati hari tu,
kak Ku minta maaf sangat2 sebab xsempat nak menjawab soalan tu semua. 
Tapi, InsyaAllah ! kalau akak ada jawapan berdasarkan sumber yang sahih, akak akan post kat cni. Cewah! So, dun wori okay ! :)


~ Bersama adik2 Form2 : Online dengan Allah ~


~ Bersama adik2 Form4 S M K P S Jerantut ~


 *   *   *   *   *

PERCAYA

Definisi : 

Percaya menurut Kamus Dewan, ialah mengakui akan benarnya sesuatu, atau yakin atau berasa pasti akan kebaikan orang dan sesuatu perkara. Percaya boleh merujuk kepada perasaan aman dan tenteram terhadap sesseorang atau sesuatu keadaan, juga boleh merujuk kepada penilaian akal dan penerimaan terhadap sesuatu isu, hujah, mahupun gagasan yang dibentuk. Dalam konteks perubahan, percaya merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan masa depan. ( From Mr. Goooogle :p )


Contoh :

Saya bagi contoh :

Percaya seorang hamba kepada al-Khaliq (Pencipta) :

Apabila ditimpa kesulitan atau kesempitan hidup, dia percaya bahawa ini adalah sebahagian daripada ujian yang mempunyai hikmah tersembunyi. Sebagai hamba, kita kena yakin bahawa segala sesuatu yang terjadi tidak ada sia-sia. pasti & pasti ada hikmahnya di sisi Allah Taala. Hamba itu juga percaya bahawa itu adalah qada' dan qadar yang perlu diterima dalam menjalani kehidupan di dunia. Percaya kepada Allah adalah asas kepada rukun iman dan islam. Jika tiada percaya, maka tiadalah iman dan islam itu. kan? 

Percaya seorang ayah kepada anak : 

Apabila dihantar ke sesebuah sekolah/institusi pendidikan, dia yakin bahawa anaknya itu tidak akan melakukan perkara yang tidak elok mahupun perkara mungkar. Si ayah yakin institusi itulah yang akan membentuk peribadi si anak. 

Percaya seorang ibu kepada anak :

Apabila diminta untuk membeli barangan di kedai, si ibu yakin bahawa anaknya akan membeli barangan yang diperlukan dengan cermat dan betul. Begitu juga tika anaknya meminta doa untuk menghadapi peperiksaan daripada ibunya, si ibu yakin, anaknya itu dapat menghadapi ujian dengan lancar biiznillah. 

Percaya seorang kakak/abang kepada adik :

Apabila Si kakak/abang yakin apabila adiknya dimasukkan ke asrama, si adik dapat mengurus diri dengan baik. 

Percaya seorang pasangan :

Apabila pasangan itu saling mempercayai dan tidak akan timbul istilah cemburu buta kerana masing-masing saling mengenali antara satu sama lain. Masing-masing berusaha menjaga hubungan sehabis baik kerana Allah. 

Percaya seseorang kepada sahabat :

Apabila dia tidak mengkhianati persahabatan yang dibina. Dia mengamalkan konsep 'Once a friend, always be a friend' because ' No man can survive alone'. Misalnya, menjaga hak-hak seorang sahabat, berusaha memenuhi hajatnya dan menyelesaikan kesulitan sahabatnya. seorang sahabat akan 'menjaga' sahabatnya itu dengan tidak mengambil kesempatan atau sekadar berkawan atas sebab2 tertentu. Nauzubillah. Moga Allah pelihara hubungan ukhwah yang suci ini. 


Rumusan : 

Tidak dapat tidak, percaya merupakan satu asas penerimaan dalam sesuatu perkara. Jika seorang sahabat tidak percaya kepada sahabatnya yang lain, mana mungkin dia menceritakan rahsia atau masalah peribadinya itu kepada sahabat tersebut. Jika seorang hamba tidak yakin akan adanya hari akhirat kelak, maka di mana akan dia berada setelah dia dibangkitkan semula. Percaya Oh Percaya. Percayalah...Hehehe :D

Cukuplah untuk kali ni.
Sedakar perkongsian dari hamba yang serba kekurangan ini. 
sebarang penambahbaikan dan teguran amatlah saya alu-alukan.

Akhir kata... 


 ~ Salam AIDILADHA dari saya sekeluarga buat semua ~


Sekian, Wassalam. 

P/s : Mohon doa agar kita sama2 dipermudahkan urusan baik di dunia mahupun di akhirat sana.
Amin InsyaAllah ! ^-^y.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...