Friday, May 4, 2012

Akhlak Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
selawat dan salam ku ucap buat Rasul junjungan, para sahabat dan keluarga baginda.

Alhamdulillah.
hari ni saya nk buat satu perkongsian tentang akhlak Nabi Muhammad SAW.
(ni hasil saya dapat daripada usrah tadi..^_~, )
mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ni, dapat dijadikan saham saya di akhirat kelak.
InsyaAllah.


1. Memuliakan orang bukan ISlam.

Tersebut satu kisah, seorang wanita yahudi menghulurkan sebiji buah limau kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi menerima limau tersebut dengan berlapang dada. menerima dengan penuh kesyukuran. baginda kemudian memakan limau tersebut satu persatu sambil tersenyum-senyum. para sahabat berasa hairan. 
kebiasaannya Nabi SAW akan berkongsi makanan dengan mereka, tetapi tidak untuk kali ini. 

sahabat kemudian bertanya kepada nabi dan baginda menjawab : "limau itu terlalu masam. aku tidak menghulurkan limau tersebut kepada kamu semua kerana ditakuti kamu akan mengejek serta menghina wanita tersebut. aku tahu wanita tersebut mahu mengenakan aku, tetapi kerana ingin menghormati pemberiannya, aku makan limau tersebut tanpa menghulurkannya kepada kamu".

Pengajaran :- Sifat SaBar Rasulullah membuka ruang dan peluang kepada sifat2 yang lain :)
 

2. Tidak melaungkan suara dengan kuat 

Rasulullah bercakap dengan sahabat dengan suara yang lembut dan tidak meninggi-ninggikan suara. Disebabkan itu, Rasulullah menegah para peniaga untuk melaung-laungkan barang dagangan dengan suara yang kuat. Cth : "beli! beli! ni barang baik!! mari2! "  Dikuatiri, perkataan itu akan menjadi ucapan kita di akhir kalam nanti. nauzubillah!

Pengajaran :- Berpada-pada dalam berkata-kata. Boleh jadi perkataan itu menyebabkan kemurkaan Allah. Nauzubillah!


3. Menghargai orang lain

Ada seorang hamba bernama si fulan sangat rajin membersihkan masjid, dan sangat sayang kepada Nabi. sehinggalah pada suatu hari, si fulan tersebut tidak lagi membersihkan masjid. Nabi bertanyakan di mana orang yang selalu membersihkan masjid ini? lalu ada dalam kalangan sahabat mengatakan bahawa si fulan tersebut telah meninggal dunia. Kerana menghargai keprihatinan si fulan terhadap nabi, maka baginda segera solat jenazah ghaib kepada fulan tersebut.

Pengajaran :- Menghargai orang lain tidak semestinya memberikan 'hadiah' atau barang maujud. boleh jadi 'hadiah' yang kita tidak nampak spt doa, solat dsbnya lebih bermakna di sisi Allah :)


Jika kita lihat sebenarnya banyak lagi akhlak Rasulullah yang kita boleh contohi. kan~~
Dan sesungguhnya semua akhlak Rasulullah kan mulia2. 
" Innama bu'isstu limakarimal akhlak"

jum2 ! contohilah akhlak baginda. kita tidak akan rugi.
percayalah! hehe:)

Wallahua'lam ^-~


Alhamdulillah. 
Usai sudah perkongsian saya kali ini.
sebarang penambahan dan perkongsian ilmu amat saya alu-alukan.
dan sebarang teguran juga membuka minda saya untuk lebih peka pada masa akan datang.




^-^ Belajar dan terus belajar mengenal Allah dan RasulNya^-^
 

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.jom kta wujudkn kecintaan kpd Nabi Muhammad Saw.. Cinta yg agong n mulia.. Hiasan lisan kta dgn zikir dn slwt kpd Rasulullah.amalkn sunahnya.ltkn sekeliling kta bnda yg blh mengingati Rasulullah.. Rasulullah cinta kpd umatnya..takkala Jibrail menarik nyawanya,nabi risau akan umatnya,umatku..umatku..umatku..
Walaupun kta tak pnh jmp Rasulullah.dan kta tahu Baginda cinta kpd kita..sngh besar pengorbanan Baginda...jom selawat thoyiba..

Addien said...

alfu mubarak..good...

lepas ni boleh dapatkan syamail muhammadiah lil abu isa al-tirmizi..
edisi tahqiq..

insyaAllah usrah dan penulisan akan lebih mantap :)

barakallahufik

~kueh~ said...

to anymos>>
yup. na'am..
InsyaAllah.

~kueh~ said...

to ad-dien>>
InsyaAllah..rumate sy dah beli buku tu..

jum2..sama2 manfaatkan ilmu
:)

Barakallahufik aidhon.syukran 'ala doa ^-~"

Anonymous said...

Kitab Syamail Muhammad mmg menarik.tmbh lg bila dismpai oleh Ustaz Yussaine time kuliah..kitab yg menceritakn ttg kehidupan Baginda..terharu dgn Baginda..^^

~kueh~ said...

to anymos>>
saya kurang gemar berdiskusi dgn orang yang saya tidak kenal..
dan saya rasa saya tahu siapa anda.

memang tidak salah bertukar pendapat, tapi saya kurang selesa dgn 'anymos'. jika ada blog, harap berkongsi. maaf andai terkasar bahasa.syukran.

RuMaH TuA said...

Setiap apa pada diri Baginda itu sinar buat kita ummatNya...

"Aku cinta dan rindumu ya Rasulullah"


Moga Allah kasih.

~kueh~ said...

t0 RT>>

ya.
benar. tepat sekali..

"laukana bainana....."

Moga Allah kasihmu jua!^-^"
hehe.

lyiana said...

Perkongsian yg menarik dan bgs..syukran ku^^
perkongsian ilmu dan diselitkan sedikit conth cerita memudahkan lagi kefahaman dan ingatan..=)

~kueh~ said...

to lyiana>>

Alhamdulillah..
syukran yana..
saya suka berkongsi..
apatah lagi dgn yana~~
hehe:)

insyaAllah..kita sama2 mencontohi.
^-^y,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...