Saturday, October 8, 2011

kisah teh & sikap

             
           Di dalam negara jepun, terdapat sebuah sekolah yang terkenal dengan pencapaian akademik dan sahsiahnya. Ramai pelajar yang ingin memasuki sekolah itu untuk menyambung pelajaran disitu namun hanya yang benar-benar layak sahaja mampu melepasi halangan dan ujian untuk memasuki sekolah itu. Suatu hari, sekolah tersebut membuka sesi pendaftaran dan temuduga untuk memasuki sekolah itu. Ramai pelajar datang untuk mencuba nasib mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Berbagai-bagai situasi telah berlaku semasa sesi pendaftaran tersebut.

   
     Pada situasi pertama, seorang remaja datang menghadap pengetua sekolah tersebut. Pengetua tersebut menyuruh remaja tersebut menceritakan tentang dirinya. Apabila remaja tersebut memulakan cerita tentang dirinya, pengetua tersebut juga mula menuangkan teh ke dalam cawan. Remaja tersebut bercerita tanpa henti begitu juga pengetua tersebut tidak berhenti menuangkan teh kedalam cawan sehingga melimpah keluar dari cawan dan terkena remaja tersebut. Remaja tersebut menjerit kesakitan setelah terkena air teh yang panas. Setelah remaja itu mengaduh sakit, barulah pengetua itu berhentu menuangkan teh. Lalu remaja tersebut bertanya kepada pengetua kenapa menuangkan teh sehingga melimpah.





      Lalu pengetua tersebut menjawab:’itulah kamu. Terlalu asyik membanggakan diri hingga lupa akan kemampuan sebenar diri kamu. Orang seperti kamu sudah tidak mampu lagi menerima apa-apa kerana sudah merasakan diri kamu tahu dalam semua perkara dan akhirnya mampu membawa musibah pada diri kamu sendiri’.





KESIMPULAN:

1.   Betulkan niat dan sedar akan tujuan sebenar kita berada di sesuatu tempat.
2.   bersedia untuk menerima ilmu baru.
3.   Jangan berlagak sombong dan berbangga.
4. Kita diberi kekuatan dan kelemahan tersendiri..sayangilah kelebihan dan cintailah kekurangan ^^. 




^^, semoga dapat ambil iktibar, dan sampaikan ^^,
.....sekian....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...