Saturday, May 14, 2011

jangan biar ia berkarat!


Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah, hari ni kita dikurniakan nikmat yang tidak terhingga..

Sehingga kita dapat lagi melihat, merasa dan menulis serta membaca di laman sesawang ni..

Syukur..syukur..Ya Allah!


Life

Hidup adalah tempat untuk mengumpul bekal..

Bekal yang macam mana tu ya??

Ahhaa..bekalan kita adalah amalan yang bakal kita bawa untuk dihisab nanti..

Sebagai contoh, kita dapat hadiah Tupperware…

tupperware tu kegunaannya untuk letak makanan, gula, garam dsbnya..

Tapi Tupperware tu kita xgune dia (biarkan ia kosong), sampailah ..

Tupperware tu hilang@buruk@digigit tikus..


Analogi dengan diri kita

Jadi begitulah dengan kita sendiri.

Ibaratkan diri kita sebagai Tupperware tadi..

Mahukah kita menjadi “ Tupperware yang KOsOng ”????

Tupperware yang kosong ibaratnye hati yang gersang~

Oleh itu, kita hendaklah mengisi kehidupan kita dengan bekalan yang mencukupi..

Ha, Bukan perut sahaja yang memerlukan bekalan atau makanan,

Tapi amalan kita pun perlukan bekalan tambahan untuk kita ‘di sana’.


Jangan biar berkarat

Hati-hati menjaga hati..jangan biar ia berkarat.

Jika bersih hati, maka akan sucilah amalan yang kita lakukan.

Namun, hati yang berkarat, JANGAN biar ia terus rapuh dan perut..

Tapi…RAWATLAH hati itu!!

qulub=hati=heart


Analogi kertas dan dakwat hitam dengan hati.

Ibaratkan hati kita itu macam sehelai kertas putih..

Setiap kali kita lakukan dosa, kita titikkan dakwat pen di kertas tersebut..

Makin byk dosa kita, maka makin byk la dakwat hitam kat kertas itu.

Kertas itu menjadi makin gelap…dan gelap...

Jadi begitulah kita hari ini,

Sekiranya kertas itu adalah hati kita,

mahukah kita jadikan ia gelap macam dakwat hitam??

Nauzubillah….!


Rawatlah ia ~~

Penyakit hati boleh dirawat dengan amalan/bekal..

Bila mana hati rasa tidak tenteram, maka, kita semak kembali amalan kita..

Jom!!kita semak sekarang..~_~””

Cth mutabaah amalan adalah :

1. dengan memberi salam.

2. senyum (smile is sadaqah)

3. sedekahkan rm1 seminggu di surau, masjid dsb..(belanja kwn..hehe)

4. mengutip sampah yang kita Nampak

5. membaca Al-Quran sehari sedikit..(paling kurang pun sehelai..)

6. berzikir (fadhilatnya : di akhirat nanti Allah akan sediakan sebuah bilik di bawah naungan arasy, KHAS untuk orang2 yang berzikir..Subhanallah!)

7. berdoa (doa adalah senjata orang mukmin:) )

8. istighfar (mengislah dan muhasabahkan diri kita kerana kita banyak menzalimi diri kita sendiri)

9.selawat (fadhilat: mendapat syafaat Nabi dan di akhirat nanti, RAsulullah akan kenal dengan orang yang byk berselawat kepada Baginda).

10. menjaga solat 5 waktu (solat tiang agama..jagalah solat kerana ia adalah perkara PERTAMA yang akan dihisab di akhirat nanti!)



Moga2 dengan entri yang saya postkan ni dapat menjawab soalan saudari iqa yang mahu mendapatkan “emas” secara percuma dan memerlukan beberapa usaha sahaja..

Jadi Insya-Allah,

Moga kita beroleh manfaat, sama2 ingatkan, amik iktibar dan spread it~~

Sekian sahaja dari saya.wassalam.




p/s: mengharap senang dalam berjuang,

bagai merindu rembulan ditengah siang^^

~perjalanan memerlukan pengorbanan~

6 comments:

RuMaH TuA said...

Syukran2 Ya Allah 2k perkongsian...
Bermanfaat...
Ehem... Tapi bagaimana ya... Jika hati ibarat sehelai kertas hitam... Pen apa ana nak guna? Liquid mungkin??? Hem...

Ana kasih enti...

Suka analogi Tupperware...

(^-^)

Hazmi Al-Wafi said...

Hati itulah raja..
Andai dapat dikawal,bersih dan suci daripada "karat",pasti dapat mengawal anggota badan yang lain.. Menghindarkan diri dari segala maksiat.. Moga hati kita bebas dari karat2 tersebut..

~kueh~ said...

to baitil atiQa>>
sme2 kasih ya habibati^^
em, mgkin jugak enti blh pakai liquid..xpon, kapur tulis pon buleh jadi..
heheh:)

syukran ala kooommen~
ingat, jgn biar tuperware kosong..
gune utk msk megi pon jadik le..
asalkan guna^^
(ok x jwpn ni??eeheheh)

~kueh~ said...

to ibnBakr>>
ya...
tidak dapat tidak itulah hakikat segumpal darah bernama 'hati'.

Insya-Allah..
moga Allah pelihara hati kita dari berkarat..aaaminn~~

^______^y.

Unknown said...

best best! chaiyok..
insyaAllah..barakallah

~kueh~ said...

to ibnjauhar>>

syukran^^
moga Allah kasih~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...