Saturday, February 26, 2011

latar belakang seorang sufi^^



Assalamualaikum sahabat2…

Semoga berada dalam jagaan Allah Taala hendaknya..

Sedikit perkongsian mengenai ahli sufi..

sesuai dengan ‘Header’ belog ni..huhu~~

cukuplah sekadar mengetahui sekiranya xmampu mencontohi…J


Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Ini kerana, memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar.

Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama.

Malah, Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”.

Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian. Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut.

Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.




Ya rabb….

Mampukah aku menjadi seorang sufi??

Gah nya menegakkan agama,

Syahidnya dengan ilmu,

Sufi…….

Tidak mementingkan hal keduniaan

Tetapi keredhaan menjadi tujuan utama kehidupan,

Hidup dalam kefakiran,

Tetapi kaya dengan pengetahuan,

Ya Rabb..

Aku mengharapkan keredhaan-Mu..

Bantulah aku ke jalan yang benar..

Jalan yang menuju haqqulyakin~~

Kerana dengan jalan itu,

Aku akan bahagia~~

Fiddunnia wal akhirah..Insya-Allah^^

-yang mengharapkan keredhaan-Mu-



*salam jihad di angin lalu^^*

berjuAng dAn terUUss BerJuAng!!!ila mardotillah~~

Illaliqa’J


6 comments:

Anonymous said...

Assalam..insyaAllah..terus thabat dan berjuang di jln Allah dan Dakwah..:)

~kueh~ said...

to jihah>>
waalaikumussalam~~

Allah bersama kita...
sekadar tambahan, ahli sufi lebih mementingkan hal akhirat berbanding hal keduniaan..

moga kita sama2 dapat mengingatkan diri untuk menuai 'tanaman' sebagai 'ladang' utk akhirat.Insya-Allah:)

junaid said...

SUFI....kalimah yg senang disebut tapi sangat payah untuk diikut....hebatnya mereka ini dalam mengabdikan diri sepenuhnya kepada RABBUL IZZATI...cinta yg sangat kudus dan takut yg sangat mendalam kepada Penciptanya....

enti pernah dengar lagu SUFI nyanyian kumpulan damasutra....?kalau enti bminat,blh dgr kat blog saya....nk share ngn enti tntg bait2 liriknya yg sangat rahsia....rahsia antara makhluk dgn khaliknya...respek sgt2 ngn penulis lirik lagu nih....

~kueh~ said...

salam mujahadah buat junaid>>>
syukran atas peringatan kmu..
yaa...
lirik yang mengingatkan kepada perjalanan sufi~~

"Sufi kau hilang di pandangan,
Ada di dalam kenikmatan,
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah,
Andai tertutup tirai sufi,
Yang terang tidak nampak terang,
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan"

Pemerhati Dunia said...

Salam perjuangan, kueh.

Pada zaman serba mencabar ini, penting untuk kita berjihad melawan nafsu dan membenteng diri dari melakukan perkara mungkar. Terlalu banyak dugaan dan godaan.

Semoga Allah melindungi kita dari termasuk dalam golongan yang tidak diredhai-Nya...Amin...

~kueh~ said...

to pemerhatidunia>>

salam mujahadah,

aamiiinn~~mudah-mudahan~
emm, dugaan dan cbran menguji kekuatan..
semoga kita terus kuat dan tabah menempuh mehnah hidup:)
InsyaAllah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...